Home > Bahasa Melayu
Berangkat Adakan Lawatan Ke Royal Guard, Riffa
June 13th, 2023 | 10:46 AM | 205 views
RIFFA, KINGDOM OF BAHRAIN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan lawatan ke Royal Guard yang bertempat di Riffa.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah DYMM dijunjung oleh His Majesty King Hamad bin Isa Al Khalifa, Raja Kingdom of Bahrain; dan His Highness Shaikh Nasser bin Hamad Al Khalifa, Commander of the Royal Guard.
Semasa lawatan berkenaan, Kebawah DYMM telah menyaksikan acara perbarisan dan pertunjukan di padang kawad, dan mendengarkan sembah taklimat daripada His Highness Shaikh Nasser bin Hamad Al Khalifa, Commander of the Royal Guard mengenai peranan Royal Guard dan rancangan masa hadapan untuk memperkembangkannya.
Baginda kemudiannya menyaksikan pameran senjata tentera dan kenderaan bersenjata yang digunakan oleh Pasukan Serangan Royal Guard.
Kebawah DYMM dan His Majesty King Hamad bin Isa Al Khalifa, Raja Kingdom of Bahrain juga telah menyaksikan demonstrasi menentang keganasan, yang turut disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen bersama dengan ahli-ahli Royal Guard.
Royal Guard merupakan salah satu unit Bahrain Defence Force, angkatan tentera Kingdom of Bahrain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]