FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persekitaran Kerja Selamat, Hak Asasi Pekerja


 


 June 14th, 2023  |  08:51 AM  |   63 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persekitaran kerja yang selamat dan sihat adalah keperluan serta hak asasi setiap pekerja.

 

Jika pekerja-pekerja sebuah organisasi yang dilengkapi dengan perkara tersebut, pasti akan membuahkan hasil dari segi kesejahteraan, membawa kepada produktiviti yang lebih tinggi, peningkatan tahap kemajuan kerja, dan kualiti hidup keseluruhan yang lebih baik untuk pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat.

 

Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar menyatakan demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup bagi Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2023 (MKK 2023) Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat JKR.

 

Awang Haji Shaharuddin Khairul seterusnya menggariskan, beberapa 'key points' yang telah dikongsikan dan diharap akan dapat dijadikan panduan dan diguna pakai dalam mempertingkatkan lagi amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, termasuk Pembentangan Safety, Health And Environment National Authority (SHENA) mengenai undang-undang yang sedia ada, berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja sama ada pihak kerajaan ataupun pihak swasta.

 

Menurutnya, pembentangan berkenaan isu kesihatan mental di tempat kerja daripada wakil Kementerian Kesihatan, juga penting sebagai antara usaha kita untuk mengawal dan mengimbangkan budaya kerja, bagi menjaga kesihatan mental, agar ia tidak memberikan impak yang negatif dan tidak diingini terhadap kualiti, produktiviti dan hasil kerja serta juga keselamatan rakan-rakan kerja yang lain.

 

Selain itu, tambahnya, pembentangan ABCi berkenaan dengan keperluan pendaftaran kemajuan, penguatkuasaan dan pematuhan dari segi akta dan peraturan yang sedia ada : Building Control Order (BCO) dan Building Construction Regulation (BCR), bagi apa-apa jua pembinaan ke arah pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang lebih selamat dan sihat.

 

Pengetahuan berkenaan isu keselamatan serta risiko bekerja di kawasan-kawasan yang tinggi (working at heights) juga turut dikongsikan oleh Megamas dan kaedah 'hand protection' bagi mengelakkan kecederaan tangan di tempat kerja yang berisiko tinggi oleh KMST.

 

“Penilaian dan pematuhan syarikat-syarikat di tapak-tapak pembinaan projek semasa HSE Audit And Inspection yang dijalankan oleh pihak JKR, di mana saya berharap segala teguran dan isu yang dibangkitkan oleh pihak JKR semasa audit tersebut telah diambil tindakan oleh pihak syarikat-syarikat yang berkenaan selepas itu," ujarnya lagi.

 

Awang Haji Shaharuddin seterusnya berharap pihak kontraktor untuk melantik dan mendaftarkan Safety Officer atau Safety Coordinator dengan pihak SHENA, bagi membantu dalam perlaksanaan keselamatan dan kesihatan ditapak-ditapak projek.

 

Pada majlis itu, Awang Haji Shaharuddin selaku tetamu kehormat juga menyampaikan sijil penghargaan kepada para penaja dan syarikat yang hadir menyertai pameran sepanjang Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2023 (MKK 2023).

 

Sebanyak 19 penaja yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta dan 15 penyertaan pameran termasuk syarikat-syarikat dan agensi swasta serta jabatan-jabatan di bawah JKR, Kementerian Pembangunan telah turut serta dalam sama-sama menjayakan Minggu Kesihatan dan Keselamatan 2023, JKR ini.

 

Sekitar 130 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan dan wakil-wakil kontraktor telah pun hadir dan seramai 13 penceramah jemputan memberikan taklimat dan berkongsi sama maklumat, insiatif dan kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

 

JKR juga menyeru kepada semua pihak, baik daripada pihak kontraktor ataupun mana-mana penjawat awam untuk dapat mematuhi perintah dan peraturan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta sama-sama membudayakan cara kerja yang sihat dan selamat.

 

Turut hadir pada majlis petang tadi ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR, Ir. Awang Norazmi bin Othman; ketua-ketua jabatan dan divisyen, penceramah-penceramah undangan, pegawai-pegawai khas, pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, peserta-peserta taklimat dan para jemputan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07