Home > Bahasa Melayu
Taklimat Tingkat Kesedaran Bahaya Kebakaran
June 14th, 2023 | 08:53 AM | 57 views
TUTONG
Seramai 53 orang warga Sekolah Ugama Batang Mitus Tutong menghadiri Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi 'E', baru-baru ini.
Taklimat adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga sekolah berkenaan di samping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran.
Turut sama hadir bagi taklimat tersebut ialah Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Batang Mitus, Dayang Nur Lizana binti Haji Ramlee.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam masa yang sama juga turut menawarkan dan menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.
Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi Talian Kecemasan JBP, 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]