Home > Bahasa Melayu
Penempatan sementara Bahagian Perubatan Respiratori
June 14th, 2023 | 08:55 AM | 85 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Bahagian Perubatan Respiratori dipindahkan sementara ke Pusat Jantung, iaitu berhadapan dengan Koperasi BKSS, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sejak Isnin, 12 Jun 2023.
Untuk sebarang perjumpaan di klinik berkenaan, pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu di Kaunter Pendaftaran, Bahagian Pesakit Luar Hospital RIPAS.
Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul.
Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai atas perkara tersebut adalah sangat-sangat dihargai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]