FacebookInstagramTwitterContact

 

Presentation of Tithe Distribution           >>           Sports Development Programme           >>           Cultural Exchange Strengthens Bilateral Relations           >>           Visit to Raudah           >>           Adhere to the Set Regulations in Saudi Arabia           >>           Arrival of Fourth Delegation of Intending Haj Pilgrims           >>           The Nutritional Content And Health Benefits Of Pecans And Walnuts           >>           Mung Bean Is A Nutrient-Packed, Polyphenol-Rich Food That Protects Against Degenerative Disease           >>           Exercise Doesn’t Need A Prescription: It Can Reduce Parkinson’s Disease, Even Delay Its Progression           >>           Olivia Culpo's Malibu Bridal Shower Featured A Sweet Christian Mccaffrey Cameo           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berganding Bahu Menambah Stok Bekalan Darah


 


 June 15th, 2023  |  08:43 AM  |   70 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pagi tadi mengadakan kempen pendermaan darah secara besar-besaran, iaitu 'Mega Blood Donation Campaign', yang dianjurkan bersempena dengan Hari Penderma Darah Sedunia 2023.

 

Hari Penderma Darah Sedunia lazimnya disambut pada setiap tahun semenjak pengisytiharannya pada tahun 2005 semasa Perhimpunan Kesihatan Dunia, iaitu pada setiap 14 Jun.

 

Ia disambut sebagai satu platform untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada penderma-penderma darah sedunia di atas niat baik mereka menghadiahkan sesuatu yang sangat bernilai bagi pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan atau transfusi darah.

 

Objektif Hari Penderma Darah Sedunia ini juga bagi menarik minat dan memberikan peluang bagi penderma darah yang baharu khususnya dan orang ramai yang sihat untuk tampil menderma darah secara kerap.

 

Dengan adanya sambutan berkenaan, kesedaran dan kefahaman dapat ditingkatkan kepada orang ramai bahawa pendermaan darah adalah sewajarnya dilakukan secara sukarela tanpa memerlukan imbalan atau hadiah seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

 

Pegawai Saintifik Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Nur Afiqah binti Abdullah berkata, jumlah darah yang diperlukan oleh pihak hospital tidak dapat dipastikan secara tepat, namun secara purata para pesakit di Hospital RIPAS memerlukan sekurang-kurangnya 50 pain darah sehari bagi setiap kumpulan.

 

"Ini adalah untuk menampung keperluan bukan saja pesakit yang kerap memerlukan (pemindahan darah) seperti talasemia tetapi juga untuk memenuhi permintaan (antaranya) dalam kalangan pesakit yang menjalani pembedahan dan rawatan bagi pesakit yang mengalami hemoglobin yang rendah," katanya semasa ditemui media.

 

Menurut beliau, jumlah berkenaan adalah bagi kalangan pesakit di Hospital RIPAS sahaja, dan ia tertakluk kepada para pegawai kesihatan untuk memikirkan alternatif lain sekiranya keperluan darah itu tidak dapat dipenuhi.

 

"Walau bagaimanapun, setakat ini alhamdulillah, kami berusaha sedaya upaya untuk membekalkan keperluan darah dengan apa yang termampu pada masa sekarang ini," ujarnya.

 

Berdasarkan statistik permintaan keperluan darah, beliau menambah, para pesakit yang menghidap talasemia merupakan golongan yang paling banyak memerlukan pemindahan darah.

 

"Pada tahun 2022 sahaja, sebanyak 5,372 unit darah, iaitu sekitar 40 peratus daripada keseluruhan pek darah yang dikumpulkan adalah dipadankan khusus untuk para pesakit talasemia saja.

 

"83 peratus daripada jumlah tersebut telah pun berjaya dipindahkan kepada para pesakit berkenaan.

 

"Pesakit talasemia memerlukan pemindahan darah secara kerap, iaitu setiap dua hingga empat minggu dan mereka memerlukan pemindahan sebanyak tiga hingga empat pek darah bergantung kepada kadar hemoglobin mereka.

 

"Kadang-kadang terdapat para pesakit yang mengalami padanan darah yang tidak sepadan walaupun mereka mempunyai kumpulan darah yang sama. Ini menunjukkan pentingnya bekalan darah yang banyak untuk memberi pilihan kepada para pesakit," katanya.

 

Sementara itu, Haji Razman bin Haji Usop yang menderma darah bersama dua anak lelakinya menyarankan orang ramai untuk sama-sama menderma darah bagi menyahut seruan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi menambah keperluan bekalan darah pihak Hospital RIPAS.

 

Beliau turut menggalakkan anak-anaknya untuk menderma darah sejak mereka berumur 17 tahun dengan memberi kebenaran kepada mereka menjalani aktiviti derma berkenaan.

 

Haji Sabtu @ Haji Saidun bin Haji Tamam merupakan penderma aktif platelet sejak tahun 2014 dan setakat ini telah 76 kali menderma darah platelet di Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS.

 

"Sebagaimana yang diterangkan kepada saya oleh pihak Hospital RIPAS, pendermaan platelet ini adalah untuk membantu para pesakit yang menghidap kanser dan mereka yang mengalami kemalangan.

 

"Selain membantu orang ramai, ia juga bagus untuk kesihatan diri sendiri.

 

"Setiap kali menderma darah platelet, saya berasa lebih sihat dan jarang sakit. Apabila menderma darah platelet, selepas tiga hari saya sudah mulai 'recover' tetapi tidak boleh melakukan kerja berat," katanya.

 

Sebelum beralih menderma darah platelet, beliau terlebih dahulu menderma darah penuh sejak tahun 2009 iaitu sebanyak 20 kali.

 

Bagi Awang Basrillah bin Awang Zainuddin yang telah menderma darah sebanyak 111 kali, beliau mengakui bahawa amalan tersebut memberikan manfaat kepada tahap kesihatannya.

 

"Saya menyarankan orang ramai, selagi tubuh badan masih sihat, untuk tampil menderma darah di Hospital RIPAS bagi menjaga kesihatan sel-sel darah serta imun badan dan sekali gus sebagai sumbangan kepada masyarakat khususnya pesakit yang memerlukan bekalan darah," katanya.

 

Beliau telah menderma darah selama 27 tahun, iaitu sejak tahun 1996 semasa berusia 21 tahun.

 

"Setiap kali selepas menderma darah, tubuh saya akan berasa lebih sihat dan segar. Ini kerana apabila kita menderma darah, sel-sel darah baharu akan dihasilkan," jelas beliau.

 

'Mega Blood Donation Campaign' pada tahun ini akan diadakan pada tiga tarikh yang berasingan, iaitu pada hari ini bertempat di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS dan juga pada Isnin dan Selasa, iaitu 19 dan 20 Jun 2023, bertempat di Dewan Al'-Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Bagi orang ramai yang ingin menderma darah di salah satu acara tumpuan tersebut, mereka disarankan untuk menempah slot pendermaan darah terlebih dahulu, melalui Aplikasi Bloodkad mengikut slot-slot masa yang telah disusun bagi mengelakkan kesesakan ketika kempen tersebut dijalankan.

 

Slot secara 'walk-in' juga diterima, walau bagaimanapun, slot adalah tertakluk kepada keramaian yang sedia ada dan slot adalah setentunya terhad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Papua New Guinea Fears Thousands Buried After Landslide

 2024-05-28 00:42:55

Singapore Air CEO Thanks Staff After Turbulent Flight

 2024-05-28 01:20:10