Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-14 Pasukan Kadet Tentera UNISSA
June 21st, 2023 | 07:26 AM | 86 views
GADONG
Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-14 Pasukan Kadet Tentera Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) diadakan baru-baru ini bertempat di Surau As-Syafi'i, UNISSA.
Majlis tersebut dihadiri oleh guru-guru pengawas dan ahli Pasukan Kadet Tentera UNISSA.
Ia diadakan bertujuan untuk memperingati tarikh penubuhan Pasukan Kadet Tentera UNISSA di bawah kendalian Unit Kokurikulum, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA.
Selain itu untuk mengeratkan tali silaturahim sesama ahli Pasukan Kadet Tentera UNISSA, ahli jawatankuasa dan guru-guru pengawas.
Majlis dimulakan dengan Solat Berjemaah Fardu Maghrib dan Isyak, yang kemudian diteruskan dengan bacaan Yaa Siin dan Tahlil serta bacaan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh 91436 Sld KT Abdul Hakiim bin Ali, dan diakhiri dengan menikmati jamuan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]