Home > Bahasa Melayu
Sukuk Al-Ijarah Jangka Pendek Ke-219
June 23rd, 2023 | 09:21 AM | 65 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), ejen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir pengeluaran Sukuk Al-Ijarah, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penentuan harga bagi pengeluaran sekuriti Sukuk Al-Ijarah jangka pendek ke-219.
Jumlah pengeluaran sukuk adalah sejumlah BND50 juta, iaitu tarikh pengeluaran pada 8 Jun 2023, sementara tarikh matang adalah pada 6 Jun 2024 dalam jangka masa tenor selama 364 hari pada kadar sewa 3.3125 peratus.
Dengan pengeluaran tersebut, Kerajaan Brunei setakat ini telah mengeluarkan lebih BND16.20 bilion nilai Sekuriti Sukuk Al-Ijarah jangka pendek, sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan baki tertunggak pegangan jumlah Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 8 Jun 2023 berjumlah BND320.5 juta.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]