FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sesi Advokasi Mengenai Akta Persaingan Untuk IBE


 


 June 23rd, 2023  |  09:28 AM  |   39 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam (CCBD) melalui Sekretariat Eksekutif CCBD telah mengadakan Sesi Advokasi mengenai Akta Persaingan, Penggal 253 kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 

Sesi yang diadakan pada Selasa lalu merupakan sebahagian daripada rancangan komunikasi CCBD bagi membarigakan Akta Persaingan, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan Akta dalam kalangan pihak-pihak yang berkepentingan.

 

Akta Persaingan merupakan sebuah Akta untuk menggalakkan dan melindungi persaingan di dalam pasaran di Negara Brunei Darussalam (NBD), untuk menggalakkan kecekapan ekonomi, pembangunan ekonomi dan kebajikan pengguna. Akta tersebut melarang kelakuan perniagaan yang menyekat proses persaingan di dalam pasaran.

 

Tiga perlakuan utama yang dilarang di bawah Akta Persaingan ialah Bab 11 : Perjanjian Anti-Persaingan, Bab 21 : Penyalahgunaan Kedudukan Dominan dan Bab 23 : Penggabungan Anti-Persaingan.

 

Larangan Bab 11 mengenai Perjanjian Anti-Persaingan atau juga dikenali sebagai kartel, yang merupakan sebuah larangan dalam akta yang telah dikuatkuasakan sejak awal Januari tahun 2020, meliputi perjanjian antara dua atau lebih peniaga untuk menetapkan harga, membahagikan pasaran, menipu bidaan dan menghadkan bekalan.

 

Perniagaan adalah dijangka untuk bersaing serta membuat keputusan perniagaan mereka secara bebas, dan bukannya terlibat di dalam perjanjian yang menyalahi undang-undang tersebut. Sesi tersebut juga telah menyentuh mengenai rejim kelonggaran di bawah Bab 44, Akta Persaingan, yang memberi insentif kepada perniagaan yang mengambil bahagian dalam aktiviti kartel untuk mengakui penglibatannya dan mendedahkan maklumat mengenainya serta memberikan kerjasama penuh kepada CCBD, sebagai pertukaran dengan pengurangan penalti sehingga maksimum 100 peratus.

 

Sesi telah menekankan bahawa perniagaan yang mempunyai kedudukan dominan di sesebuah pasaran tidak semestinya melanggar Akta Persaingan, Bab 253.

 

Pelanggaran Bab 21 mengenai Penyalahgunaan kedudukan dominan di bawah Akta Persaingan hanya akan berlaku jika perniagaan tersebut menyalahgunakan kedudukan dominannya dengan, antara lain, mengenakan harga pemangsa atau mengamalkan diskriminasi harga.

 

Penentuan harga pemangsa menggambarkan situasi di mana perniagaan yang dominan menetapkan harga sesebuah barangannya lebih rendah daripada kos yang ditanggungnya untuk jangka masa yang panjang, dengan niat untuk menyingkirkan pesaing daripada pasaran dan akhirnya membolehkannya memegang sebahagian besar bahagian pasaran.

 

Contoh lain kelakuan salah guna kuasa dominan adalah apabila sesebuah perniagaan yang berkedudukan dominan mengamalkan diskriminasi harga, iaitu apabila ia menggunakan syarat yang berbeza untuk urus niaga yang setara dengan pihak perdagangan lain, di mana akan meletakkan pihak yang lain tersebut berada di dalam posisi yang kurang menguntungkan berbanding dengan pesaingnya di pasaran,

 

Sesi advokasi telah disampaikan oleh Pegawai Ekonomi di Unit Sekretariat Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam, Dayang Nur Izzawanie binti Haji Zainin. Turut hadir, Ketua Sekretariat Eksekutif CCBD, Dayang Hajah Rena Azlina binti Dato Paduka Haji Abdul Aziz.

 

CCBD mengalu-alukan sebarang permintaan untuk dialog atau taklimat mengenai Akta Persaingan, yang boleh ditujukan kepada Sekretariat Eksekutif CCBD melalui e-mel di '[email protected]'. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang CCBD di 'www.ccbd.gov.bn' atau hubungi +673 2383100.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47