FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


32 Premis Belum Memohon Sijil Halal


 


 June 23rd, 2023  |  09:30 AM  |   41 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Operasi rondaan bagi menguatkuasakan peruntukan Bab 4 (1) dan Bab 10 (1) (a), Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 mengenai kewajipan memohon pensijilan halal telah diadakan di kawasan Serusop baru-baru ini.

 

Operasi dijalankan oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syar'iah bagi memastikan semua pengusaha-pengusaha makanan di kawasan tersebut sudah membuat permohonan pensijilan halal sebagaimana undang-undang yang berkuatkuasa di bawah Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005, sejak dipinda pada tahun 2017.

 

Semasa operasi tersebut, sebanyak 87 buah premis makanan telah diperiksa dan didapati 32 buah premis daripadanya belum membuat permohonan Sijil Halal dan telah dikeluarkan notis untuk menghadapkan permohonan dalam tempoh enam bulan.

 

Adalah ditegaskan bahawa permohonan untuk mendapatkan Sijil Halal atau Permit Halal bagi perniagaan makanan yang beroperasi di negara ini adalah mandatori.

 

Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Syar'iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ingin menyeru kepada kesemua pengusaha makanan di negara ini yang belum mempunyai Sijil Halal atau Permit Halal untuk menghadapkan permohonan dengan segera.

 

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan diambil tindakan undang-undang di bawah Bab 4 (5) dan Bab 10 (6), Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017 dengan hukuman denda sehingga BND8,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Di samping itu, pemegang Sijil Halal dan Permit Halal juga adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan Sijil Halal dan Permit Halal masih sah dan hendaklah menghadapkan permohonan untuk pembaharuan sijil dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh mansuh.

 

Bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, KHEU melalui Jabatan Hal Ehwal Syar'iah akan sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan pensijilan halal dan pengawalannya di negara ini berjalan selaras dengan kehendak undang-undang dan juga syarak.

 

Bahagian penguatkuasaan undang-undang di bawah jabatan ini akan sentiasa menjalankan operasi rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada sebarang pelanggaran berlaku khasnya dalam kalangan pemegang-pemegang Sijil Halal dan Permit Halal.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47