Home > Bahasa Melayu
2 Buah Syarikat Dikenakan Denda Kompaun
June 23rd, 2023 | 09:32 AM | 45 views
TUTONG
Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong telah mengeluarkan kompaun terhadap dua buah syarikat kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 disebabkan oleh membuang sampah di tempat awam, hari ini.
Syarikat-syarikat yang dikenakan denda kompaun tersebut ialah MJB Sdn. Bhd. yang terletak di Kampung Panchor Dulit, Tutong dan dikenakan denda kompaun di bawah Bab 12 (1) (a), BND500 dan Afifah Trading Company yang juga terletak di Kampung Panchor Dulit, Tutong turut dikenakan denda kompaun di bawah Bab 12 (1) (a), BND500.
Dua buah syarikat dikenakan denda kompaun sebanyak BND500 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.
Jika gagal membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND2,000 dan tidak melebihi BND10,000 dan bagi kesalahan kedua.
Selebihnya, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND10,000 dan tidak melebihi BND30,000 dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong ingin mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]