FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembarigaan Maklumat Tentang Kepentingan, Matlamat DBNS


 


 June 23rd, 2023  |  09:38 AM  |   63 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam usaha  mencapai Wawasan Belia, iaitu ke arah melahirkan belia berakhlak mulia, bertaraf dunia agen siaga perubahan masa hadapan dalam semua pembangunan negara secara inklusif, Urus Setia Dasar Belia Negara dan Strategi 2020 - 2035  meneruskan sesi pembarigaan Dasar Belia Negara dan Strategi (DBNS) 2020 – 2035 ke Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Sesi pembarigaan berkenaan disampaikan oleh Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Belia (PBB), Awang Haswandi bin Haji Osman, selaku Urus Setia DBNS yang dihadiri seramai 92 pelajar Tahun 10 dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

 

Program antara lain bertujuan untuk memberikan maklumat tentang kepentingan dan matlamat DBNS 2020-2035 kepada masyarakat terutama sekali golongan belia di negara ini.

 

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyahut aspirasi kerajaan melalui Whole Of Nation Approach yang menyasarkan kepada meningkatkan penglibatan para belia berkecimpung daripada aspek penggubalan dasar dan membuat keputusan.

 

Program pembarigaan berkenaan turut mempromosikan inisiatif serta program-program kebeliaan yang disediakan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta agensi-agensi kerajaan yang mendukung ke arah pemerkasaan dan pembangunan ekosistem belia siaga masa depan.

 

DBNS 2020-2035 dilancarkan pada 1 Disember 2021 dan  telah dirangka secara holistik dan inklusif terutama dalam menangani pelbagai isu kebeliaan sebagai persediaan menghadapi gelombang revolusi yang tidak dapat dijangkakan.

 

Beberapa strategi, inisiatif dan program yang dirancang juga turut dimuatkan bagi membentuk golongan belia yang berdaya saing, dinamik dan progresif yang dapat menyumbang kepada mencapai Wawasan Belia, iaitu 'Belia yang berakhlak mulia, bertaraf dunia dan agen siaga perubahan masa hadapan dalam semua pembangunan negara secara inklusif'  yang didukung oleh empat matlamat utama. iaitu berakhlak mulia; bertaraf dunia; agen siaga perubahan masa hadapan; dan pembangunan negara secara inklusif.

 

Aspirasi matlamat-matlamat dasar berkenaan dihasratkan sebagai penyumbang utama ke arah merealisasikan Wawasan Belia dan pembangunan belia secara inklusif yang akan dicapai melalui ekosistem pembangunan belia dan empat strategi teras DBNS iaitu, kerjasama seluruh negara; budaya perpaduan; pendidikan, kebolehambilan kerja dan pekerjaan wajar; dan pemerkasaan belia.

 

Keempat-empat strategi berkenaan didukung oleh 16 Inisiatif dasar dan diterajui secara bersama oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkenaan demi memastikan Wawasan Belia dapat dicapai seperti dihasratkan.

 

Dalam merealisasikan Wawasan Belia serta mencapai matlamat yang dihasratkan, pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang bertanggungjawab dilibat samakan ke arah memacu perancangan strategi serta perlaksanaan program-program kebeliaan di setiap peringkat di negara ini.

 

Oleh itu, usaha berterusan daripada aspek pembarigaan akan dilaksanakan oleh Urus Setia Dasar Belia Negara ke agensi-agensi kerajaan dan swasta termasuk NGOs secara berfasa.

 

Program Pembarigaan kali ini adalah disasarkan dan dilaksanakan secara inklusif meliputi golongan belia yang berumur antara 15 hingga 35 tahun berdasarkan definisi umur belia terkini dari kementerian-kementerian serta agensi swasta dan NGOs.

 

Ini juga termasuk golongan belia dari institusi-institusi pendidikan kerajaan dan swasta yang merangkumi sejumlah besar purata lingkungan belia dalam masyarakat di negara ini.

 

Sesi pembarigaan juga diteruskan dengan sesi taklimat mengenai dengan aplikasi 'Mengalinga', iaitu sebuah aplikasi digital sebagai platform untuk memperkasakan penglibatan golongan sukarelawan dalam acara yang dianjurkan oleh syarikat, organisasi dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan untuk penganjur mempelawa sukarelawan bagi menyertai acara-acara mereka.

 

Di samping itu, para pelajar juga turut berpeluang mendengarkan taklimat mengenai PPB dan kursus-kursus yang ditawarkan di pusat berkenaan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47