Home > Bahasa Melayu
18 Syarikat Pelancongan Dibenarkan Kendali Pakej Umrah
June 23rd, 2023 | 09:40 AM | 50 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua buah syarikat pelancongan diberi kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2023 Masihi, iaitu Syarikat Al Abraj Travels and Tours Sdn. Bhd.; dan Syarikat As Safa Travel & Tours Sdn. Bhd.
Dengan kebenaran yang diberikan berkenaan, maka pada masa ini sebanyak 18 buah syarikat pelancongan mendapat kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2023 Masihi.
Syarikat-syarikat berkenaan ialah Darussalam Services Sdn. Bhd.; Straits Central Agencies Sdn. Bhd.; Raudah Al-Amin Sdn. Bhd.; Continental Yachting Sdn. Bhd.; Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd.; Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd.; Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.; At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.; Az Back to Nature Travel & Tours Sdn. Bhd.; Al-Baraka Travel Services Sdn. Bhd.; Balurih Travel Sdn. Bhd.; El-Abqari Travel & Tours Sdn. Bhd.; Lamisa International Tours & Travels Sdn. Bhd.; Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd.; Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.; JB Travel Agencies Sdn. Bhd.; Al-Abraj Travels & Tours Sdn. Bhd.; dan As Safa Travel & Tours Sdn. Bhd.
Senarai syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan Pakej Haji dan Umrah mengikut Kategori Pakej dan Visa seperti dilampirkan.
Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang dibenarkan berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]