FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ICIU2023 : Memperkasa Pendidikan Tinggi Islam Abad Ke-21


 


 June 23rd, 2023  |  09:42 AM  |   54 views

GADONG

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Asian Islamic Universities Association (AIUA) buat julung kalinya akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Universiti-universiti Islam (ICIU2023) selama dua hari bermula 26 hingga 27 Jun 2023 dengan temanya 'Landskap Pendidikan Tinggi Islam Abad 21 : Strategi dan Hala Tuju'.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja ICIU2023, Profesor Madya Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad menyampaikan perkara tersebut pada Sidang Media mengenainya bertempat di Bilik Senat, UNISSA, di sini.

 

"Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UNISSA akan berkenan berangkat pada Majlis Perasmian ICIU2023 pada Selasa, 27 Jun 2023, jam 10.00 pagi, bertempat di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei, Jerudong.

 

"Turut sama berangkat ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor UNISSA," ujarnya.

 

Menurutnya, antara objektif ICIU2023 berkenaan adalah untuk mengongsikan pengalaman dan amalan terbaik Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) dalam  memperkasakan lagi pendidikan tinggi Islam sesuai dengan keperluan pendidikan abad ke-21 di samping membincangkan pelbagai isu penting dan cabaran dalam mengekalkan kerelevanan kurikulum pengajian Islam dalam mendepani perubahan global serta mencadangkan jalan penyelesaiannya.

 

Malah persidangan berkenaan katanya, akan mengetengahkan kertas seminar dan poster  yang berkait rapat dengan skop-skop utama,  iaitu  kurikulum; metodologi pengajaran; penilaian; e-pembelajaran kolaboratif; reka bentuk dan pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21; isu-isu dan cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

 

Beliau seterusnya menjelaskan, persidangan berkenaan akan menggunakan tiga Bahasa, iaitu bahasa Melayu; bahasa Inggeris; dan bahasa Arab.

 

"Sukacita  menyampaikan bahawa  persidangan  dua hari ini akan turut diserikan dengan penyampaian Kertas Perdana yang akan disampaikan oleh  Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, pada Majlis Perasmian nanti, " tambahnya lagi.

 

Selain itu persidangan ICIU2023 juga terangnya, memuatkan pembentangan kertas seminar dan poster secara selari, serta ia  turut menonjolkan  tujuh pembentang ucaptama dari dalam dan luar negara terdiri daripada Presiden Universiti Al-Azhar As-Sharif, Kaherah, Republik Arab Mesir, Profesor Dr. Salama Gomaa Ali Daoud; Rektor UIN Antasari Banjermasin, Indonesia &  Presiden AIUA, Yang Terhormat  Bapak Profesor Dr. H. Mujiburrahman; Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Malaysia & Setiausaha Agung AIUA, Yang   Berbahagia Profesor Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof;  Rektor  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak; Associate Dean College of Islamic Studies, Hamad bin Khalifa University, Qatar, Profesor Ibrahim Mohamed Zain; Dekan Fakulti Sains Islam, University of Prince Songkla  Thailand, Profesor  Madya Dr. Muhammad  Roflee Waehama; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal yang juga merupakan Naib Presiden  AIUA.

 

Pada persidangan berkenaan nanti akan disertai oleh Naib Canselor / Rektor Universiti, Pegawai  Eksekutif Universiti, Pegawai Utama Universiti, ahli-ahli akademik daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara, mahasiswa / mahasiswi dalam dan luar negara serta individu yang berminat.

 

Sehubungan itu, penyertaan masih dibukakan kepada orang ramai yang berminat sehingga  Sabtu  24 Jun 2023.

 

Untuk makluman bersama, yuran penyertaan adalah sebanyak BND150 bagi wakil sektor kerajaan / swasta, BND100 bagi individu yang berminat dan BND70 bagi penyertaan daripada pelajar.

 

Dan bagi maklumat lebih lanjut, hubungi talian +673 8738393 atau +673 8284700 atau +673 8800029.

 

Adalah diharapkan persidangan ICIU2023  berkenaan akan berjaya  merealisasikan objektifnya  dan berhasil menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik yang akan dapat membantu UNISSA dan IPTI lain memperkasa lagi kecemerlangan pendidikan IPTI selari dengan keperluan pendidikan abad Ke-21.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47