FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih 40 Pengakap Kelana Sertai Projek Kasih PPNBD


 


 June 23rd, 2023  |  09:48 AM  |   45 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ke arah memastikan prinsip kesukarelawanan pengakap diterapkan dalam setiap kegiatan, Projek Kasih Pengakap Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) - Program Khidmat Kemasyarakatan diadakan hari ini, di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

 

Lebih 40 belia dari Bahagian Pengakap Kelana (Rover Scout Section) dari Borneo khususnya Pengakap Kelana daripada Negara Brunei Darussalam (NBD), Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan terlibat dalam kegiatan tersebut.

 

Projek Kasih Pengakap PPNBD merupakan salah satu pengisian kegiatan Forum Pengakap Kelana Seborneo yang berlangsung bermula 19 hingga 22 Jun 2023.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah kemudian diikuti oleh Persetiaan Pengakap, seterusnya taklimat keselamatan dan pembahagian tugasan kepada peserta-peserta. Kempen kebersihan tersebut menyasarkan pembersihan di luar dan dalam masjid.

 

Di samping menerapkan prinsip kesukarelawanan pengakap, objektif kempen juga bagi mengenalkan Masjid Omar 'Ali Saifuddien di mana masjid tersebut merupakan ikon bangunan yang terkenal di negara ini.

 

Juga hadir semasa kegiatan berkenaan, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap (Scout Commisioners); Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah (Assistant District Commissioners); Pemimpin-pemimpin Pengakap (Scout Leaders) dan Ahli-ahli Pengakap Kelana.

 

Sementara, Forum Pengakap Kelana Seborneo adalah bersempena menyambut 90 Tahun Pergerakan Pengakap di NBD.

 

Sehubungan itu, bagi memeriahkan lagi Sambutan 90 Tahun Berpengakap di NBD, salah satu acara besar-besaran diadakan sepanjang tahun 2023 iaitu Karnival 90 Tahun Berpengakap. Bagi menyambut Karnival 90 Tahun Berpengakap, Bahagian Pengakap Kelana menganjurkan Forum Belia Pengakap Kelana Seborneo.

 

Forum tersebut dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Ahli-ahli Pengakap Kelana bagi membincangkan mengenai isu-isu berkaitan dengan kepengakapan dan hal ehwal program antarabangsa.

 

Dengan adanya perbincangan itu dapat menyuarakan pendapat yang bernas dan seterusnya akan dapat memberikan resolusi yang bernas bagi mencapai matlamat dan tujuan kepada pihak yang berkepentingan khususnya kepada pergerakan pengakap di peringkat serantau.

 

Forum juga dihadiri oleh Pengakap Kelana dari Thailand dan Pahang yang menjadi pemerhati sepanjang forum diadakan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47