FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Forum Pengakap Kelana Seborneo Labuh Tirai


 


 June 23rd, 2023  |  09:51 AM  |   43 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Forum Pengakap Kelana Seborneo yang berlangsung selama empat hari bermula dari 19 hingga 22 Jun 2023 berjaya menghimpunkan seramai 80 belia dari Bahagian Pengakap Kelana (Rover Scout Section) dari Borneo khususnya Pengakap Kelana dari Negara Brunei Darussalam (NBD), Sarawak, Sabah dam Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Forum berkenaan juga turut dihadiri oleh Pengakap Kelana dari Thailand dan Pahang yang menjadi pemerhati sepanjang forum diadakan.

 

Sehubungan itu, Majlis Penutup Forum Pengakap Kelana diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 5, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPPNBD), malam tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis penutup berkenaan, Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar. Haji Idris bin Haji Abas.

 

Acara dimulakan dengan lagu Allah Peliharakan Sultan, diikuti oleh Persetiaan Pengakap dan bacaan Doa Selamat.

 

Sesi perkongsian sepanjang sesi forum daripada Pengerusi Forum Pengakap Kelana Seborneo yang juga Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Kebangsaan, Sheikh Ahmad Wa'ez bin Haji Sheikh Aubid meneruskan lagi acara pada malam berkenaan.

 

Diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis dan seterusnya penutupan majlis oleh tetamu kehormat majlis.

 

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada para peserta luar negara oleh tetamu kehormat majlis.

 

Majlis diakhiri dengan tayangan video forum dan sesi bergambar ramai.

 

Program yang dikendalikan sepanjang forum berlangsung banyak memberi faedah kepada para peserta melalui kegiatan yang dijalankan.

 

Sepanjang forum diadakan, pelbagai aktiviti forum, sesi perbincangan, perkongsian, lawatan ke tempat menarik di negara ini serta program kerja kemasyarakatan disediakan bagi para peserta.

 

Selain memperkembangkan minda, ia juga memberi pengetahuan tentang kepimpinan serta membina keyakinan diri para peserta.

 

Penekanan terhadap Matlamat Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goal) juga diterapkan dan ditekankan  di sepanjang kegiatan berkenaan.

 

Forum Pengakap Kelana Seborneo adalah bersempena menyambut 90 tahun Pergerakan Pengakap di NBD.

 

Bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, salah satu acara besar-besaran diadakan sepanjang tahun 2023, iaitu Karnival 90 Tahun Berpengakap.

 

Bagi menyambut Karnival 90 Tahun Berpengakap, Bahagian Pengakap Kelana menganjurkan Forum Belia Pengakap Kelana Seborneo.

 

Forum bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli Pengakap Kelana bagi membincangkan mengenai pelbagai isu yang bersesuaian.

 

Dengan adanya perbincangan berkenaan, ia dapat menyuarakan pendapat yang bernas dan seterusnya akan dapat memberikan resolusi yang bernas bagi mencapai matlamat dan tujuan kepada pihak yang berkepentingan khususnya kepada Pergerakan Pengakap di peringkat serantau.

 

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya, Awang Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Mohammad Arif bin Abd. Hadi; Ahli-ahli Majlis Kebangsaan; Ahli-ahli Majlis Pengakap-pengakap Daerah; Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap; Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah; Pemimpin-pemimpin Pengakap; dan ahli-ahli Pengakap Kelana.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47