FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


132 Peserta Ikuti Bengkel Ibadah, Penyembelihan Korban


 


 June 23rd, 2023  |  09:54 AM  |   120 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ibadat korban merupakan antara amalan yang disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerana mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, agama dan juga masyarakat.

 

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) melalui Bahagian Imarah dan Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba, mengadakan Bengkel Ibadah Korban dan Cara-cara Penyembelihan Secara Islam.

 

Seramai 132 peserta yang terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Daerah Brunei dan Muara mengikuti bengkel berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada bengkel tersebut ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

 

Tujuan bengkel antara lain untuk memberi peluang kepada para peserta khususnya dan orang ramai amnya, bagi mendalami ilmu pengetahuan ibadah korban sekali gus melibatkan institusi masjid sebagai tempat gedung pendidikan agama ke arah melahirkan masyarakat yang cemerlang.

 

Di samping mendekatkan diri masyarakat dengan masjid, bengkel juga dihasrat akan dapat memberikan kesedaran dan pengajaran yang terdapat dalam kehidupan bermulanya ibadah korban melalui sejarah Islam.

 

Selain memberikan keinsafan, ia juga diharap dapat memberi kesedaran masyarakat agar sentiasa mengamalkan sikap bersedekah.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47