FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Abdul Qawiyyel Azeez, Dayangku Alya Syahirah Johan Qari, Qariah MTQBK


 


 June 23rd, 2023  |  09:59 AM  |   92 views

BERAKAS

 

Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abd. Rajid dan Dayangku Alya Syahirah binti Pengiran Haji Jofri, masing-masing dinobatkan johan qari dan qariah pada Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan (MTQBK) 1444 Hijrah / 2023 Masihi Peringkat Akhir, yang diumumkan di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.

 

Johan qari yang memperoleh markah 90.80 peratus (%) dan qariah pula meraih 86.38%, masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan, wang tunai BND2,000, Akaun Tekad Haji bernilai BND500 sumbangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan sijil penyertaan.

 

Sementara itu, naib johan qari dan qariah disandang oleh Awang Abdul Haziq Syarafuddin bin Abdul Habib dengan markah 86.63% dan Najla' Sabreena binti Haji Abd. Rajid memperolehi markah 85.63%, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah BND1,500, Akaun Tekad Haji bernilai BND300 sumbangan Perbadanan TAIB berserta piala iringan dan sijil penyertaan

 

Manakala, tempat ketiga qari dan qariah menjadi milik  Zainal Mustafa bin Jaluddin dengan markah 85.50% dan Dayangku Alma Hazirah binti Pengiran Haji Jofri memperolehi markah 83.13%, masing-masing menerima hadiah wang tunai BND1,000; Akaun Tekad Haji BND200 sumbangan Perbadanan TAIB berserta piala iringan dan sijil penyertaan.

 

Bagi hadiah sagu hati pula, para peserta qari dan qariah membawa pulang piala iringan, wang tunai BND500 dan sijil penyertaan.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, selaku tetamu kehormat majlis.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat selaku Ketua Kampung Subok; Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan KKBS serta para pegawai kanan kerajaan.

 

Terdahulu, tetamu kehormat dalam ucapannya menjelaskan, MTQBK yang diungkayahkan pada setiap tahun merupakan antara inisiatif dan strategi KKBS dalam menggalakkan lagi penglibatan para belia untuk meminati dan mendalami Al-Quran sekali gus melahirkan qari dan qariah belia yang berpotensi untuk diketengahkan bersaing di peringkat negara, serantau dan antarabangsa

 

"Alhamdulillah, penganjuran Musabaqah Tilawatil Al-Quran yang dibukakan kepada para belia ini juga secara tidak langsung cukup memberikan impak yang berterusan dalam memangkinkan dan memacu generasi muda di negara ini untuk menguasai kemahiran ilmu Al-Quran dengan memahami setiap isi yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran berkenaan.

 

"Sepertimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menggesa dan menyeru umatnya agar sentiasa membaca Al-Quran serta mendalami dari segi bacaannya," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, mempersiapkan belia dengan ilmu Al-Quran serta menghiasi akhlak dan keperibadian yang mulia dalam diri mereka memang tidak dapat dipisahkan dengan pembacaan Al-Quran sebagai amalan harian.

 

Ini bermakna kata Yang Berhormat, penghayatan dan pembacaan Al-Quran ini seharusnya bukan sahaja untuk pertandingan malah dipraktikkan sebagai amalan hidup sehari-hari

 

"Melahirkan generasi Al-Quran yang berakhlak mulia adalah selaras dengan visi Dasar Belia Negara dan Strategi 2020 – 2035 kerana belia seperti ini menjadi harapan negara dan mereka akan menjadi pemimpin negara dengan acuan Islam pada masa hadapan.

 

"Belia yang beramal dengan Al-Quran dalam segala perilaku, budi pekerti dan akhlaknya sudah setentunya mampu memimpinnya ke arah kebaikan.

 

"Belia yang sentiasa mengingati Allah, maka akalnya akan dibimbing Allah kepada kebaikan dan seterusnya memantapkan keimanannya," kata Yang Berhormat.

 

Seramai empat qari dan lima qariah termasuk Johan Menunggu Qariah MTQBK Tahun 2022 memperdengarkan bacaan masing-masing pada musabaqah berkenaan.

 

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan Tausyeh belia daripada Kumpulan Ahlul Raahimin dan seterusnya pengumuman keputusan musabaqah yang disampaikan oleh Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit selaku Pengerusi Jemaah Hakim.

 

Edisi musabaqah pada tahun ini menyaksikan seramai 71 peserta, iaitu 44 qari dan 27 qariah bertanding di peringkat saringan pada 10 hingga 13 Mei 2023 lalu.

 

Manakala seramai 30 peserta, iaitu 15 qari dan 15 qariah bertanding di peringkat separuh akhir pada 11 Jun yang lalu. Musabaqah berkenaan menyasarkan para belia berumur di antara 15 tahun hingga 30 tahun.

 

MTQBK merupakan program anjuran KKBS dan KHEU dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan sejak tahun 1980-an dan berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ia juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau tarannum.

 

Antara tujuan musabaqah diadakan adalah bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi 1 Jamadilakhir 1417 Hijrah bersamaan 13 Oktober 1996 Masihi.

 

Baginda antara lain bertitah, "Hasrat kita yang tunggal ialah melihat generasi Al-Quran itu dikongsi sama oleh semua pihak dan golongan, terutama golongan belia. Kita akan merasa bangga dengan lahirnya belia-belia yang berwatak salih. Bahawa salah satu tanda kesalihan itu ialah terlibatnya mereka dengan Al-Quran sama ada keterlibatan itu selaku pembaca biasa, mahupun sekali gus menjadi penghayat dan pengamal ajaran-ajarannya".

 

Selain untuk menyediakan wadah bagi melahirkan qari dan qariah belia yang berpotensi tinggi sebagai pelapis qari dan qariah Negara Brunei Darussalam, ia juga untuk mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Quran dalam kalangan belia serta memupuk dan menyemai rasa persahabatan dalam kalangan peserta belia melalui program keagamaan, di samping bagi persediaan pemilihan wakil negara ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran KKBS.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47