FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyelesaian Praktikal Beri Impak Dalam Pembangunan


 


 June 23rd, 2023  |  09:59 AM  |   98 views

JERUDONG

 

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha berucap bahawa sidang mesyuarat hari ini bukan sahaja untuk menggambarkan kemajuan dalam membangunkan sains, teknologi dan inovasi khususnya di rantau ini, akan tetapi bersetuju dalam hala tuju ke hadapan untuk merealisasikan lagi matlamat di bawah The ASEAN Plan of Action and Science, Technology and Innovation (APASTI) 2016-2025.

 

“Kita perlu meneruskan bukan hanya memperkukuhkan lagi kerjasama khususnya dalam kalangan Negara-negara Anggota ASEAN, akan tetapi juga meningkatkan kerjasama antara pihak berkepentingan utama dalam sistem inovasi termasuk pihak kerajaan, akademik, industri dan juga masyarakat sosial," tegasnya semasa mempengerusikan Mesyuarat Informal Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Sains dan Teknologi Ke- 12 (IAMMSTI-12) bertempat di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Brunei, hari ini.

 

Menurut Yang Berhormat, sebagaimana yang digariskan dalam APASTI 2016-2025, kunci utama yang ditekankan ialah 'The Grand Challenges of The New Millennium'.

 

Sehubungan itu, tambah Yang Berhormat, ia adalah penting untuk kita terus menyokong beberapa projek dan aktiviti khususnya dalam menangani masalah dunia sebenar yang dihadapi secara kolektif di rantau ASEAN.

 

Dengan berbuat demikian, ujar Yang Berhormat, kita boleh memastikan bahawa penyelesaian praktikal yang dibangunkan daripada projek yang dijalankan dan aktiviti, setentunya akan memberikan impak mendalam kepada pembangunan sosialekonomi di rantau ini.

 

“Sebagai contoh, sebagaimana yang akan didengar kemudian, ASEAN ketika ini sedang berusaha membangunkan The ASEAN Strategy for neutraliti karbon. Saya pasti projek dan aktiviti di bawah IAMMSTI akan dapat membantu dan menyokong pelaksanaan strategi ini sebaik sahaja ia dilancarkan dan dirasmikan," terang Yang Berhormat.

 

“Sains, teknologi dan inovasi adalah komponen yang perlu ke arah mencapai neutraliti karbon. Sehubungan itu, saya menanti-nantikan sesi perkongsian hari ini mengenai tajuk berkenaan dan memahami serta belajar dari Negara-negara Anggota ASEAN mengenai pelbagai aspek strategi dan pendekatan ke arah menangani perkara tersebut," tambah Yang Berhormat lagi.

 

Dalam usaha ke arah pelaksanaan APASTI 2016-2025, adalah penting untuk kita melakukannya dengan cara yang begitu cekap dan berkesan. STI adalah bidang kompleks yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan setentunya merentasi pelbagai sudut disiplin.

 

“Kita mesti berusaha dalam menyelaraskan proses sambil mengekalkan tadbir urus dan pengawasan yang kukuh khususnya semasa kita berusaha dalam mencapai matlamat ini.

 

“Saya faham bahawa beberapa perkara telah dibincangkan khususnya semasa Sesi COSTI Retreat baru-baru ini dan saya berharap beberapa cadangan utama boleh diguna pakai dalam memperkukuhkan lagi keupayaan kita dalam mencapai dan merealisasikan matlamat kita," kata Yang Berhormat.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47