Home > Bahasa Melayu
Pertumbuhan Berdaya Tahan, Bersandarkan Sains, Teknologi, Inovasi
June 23rd, 2023 | 10:02 AM | 115 views
JERUDONG
Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha telah mempengerusikan Mesyuarat Informal Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Sains dan Teknologi Ke- 12 (IAMMSTI-12) yang bersidang di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Brunei, hari ini.
Semasa IAMMSTI Ke-12, Sidang Mesyuarat bertukar-tukar pandangan mengenai dengan strategi bagi neutraliti karbon di ASEAN ke arah mencapai pertumbuhan yang mampan bersandarkan kepada sains, teknologi dan inovasi.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi turut mengongsikan mengenai inisiatif-inisiatif Negara Brunei Darussalam serta perkembangan ke arah mencapai neutraliti karbon melalui Pendekatan Senegara (Whole of Nation Approach) berpandukan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National Climate Change Policy).
Selain itu, mesyuarat telah meluluskan Joint Media Statement yang mengandungi cadangan-cadangan daripada hasil Mesyuarat Komiti Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-83 yang dipengerusikan oleh Negara Brunei Darussalam pada 20-21 Jun 2023 antara lainnya (mengukuhkan struktur tadbir urus Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) ASEAN, penggunaan ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF) dengan lebih berkesan.
Sidang juga meluluskan mengenai perkembangan terkini mengenai kerjasama dalam sektor STI dengan Rakan-rakan Dialog ASEAN dan status pencapaian dalam melaksanakan ASEAN Plan of Action on Science, Technology and Innovation (APASTI) 2016-2025 serta persiapan bagi menyediakan dokumen jangka masa 10 tahun, APASTI 2026-2035 dan menekankan kepentingan'Public-Private Partnership' dalam mendukung kerja-kerja Komiti STI ASEAN dan seterusnya mencadangkan penglibatan sektor swasta dalam keahlian Board of Advisers to COSTI (BAC).
Sebanyak lima 'key deliverables' juga diluluskan oleh mesyuarat di bawah Sektor STI sebagai Keutamaan Tahunan (Annual Priorities) 2024 seperti Establish the ASEAN Technology Management Hub (Phase III) co-led by Cambodia and Indonesia; Develop the ASEAN Regional Research Infrastructure Strategy (Phase II) led by Thailand; Establish the ASEAN Startup Initiative, led by Malaysia; Establish the ASEAN Talent Mobility Community, led by Thailand dan Implement the ASEAN Energy Resilience Assessment Guideline: Capacity Building on Energy Resilience Assessment, led by Thailand.
Mesyuarat juga dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Agung untuk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Tuan Yang Terutama Satvinder Singh. Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof selaku Pengerusi Mesyuarat Komiti Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-83; Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Awang Haji Mohd. Salihin bin Haji Aspar serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]