Home > Bahasa Melayu
Pelajar IBTE, KIGS Sertai Program Mobiliti TVET ASEAN-ROK
June 25th, 2023 | 12:17 PM | 54 views
BERAKAS
Seramai 11 pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) terpilih untuk mengikuti latihan sambil belajar di bawah Program Mobiliti TVET ASEAN-ROK selama tiga bulan.
Dari jumlah tersebut, tiga pelajar IBTE, iaitu Awangku Izzat Hidayat Pengiran Puspa Wali, Muhammad Waíe Raziqien Muhammad Wafiuddin dan Mohammad Nasrullah Roslan yang sedang mengikuti program NTec di IBTE Kampus Mekanikal dan IBTE Kampus Sultan Bolkiah berlepas ke Toyota Motor Philippines, School of Technology, Republik Filipina, pagi ini.
Sementara itu, tiga pelajar lagi (iaitu dua pelajar dari IBTE dan seorang pelajar dari KIGS) akan berlepas pada Hari Ahad, 25 Jun 2023 bagi mengikuti latihan sambil belajar di Nanyang Polytechnic International, Singapura dan selebihnya akan berlepas ke negara-negara ASEAN yang lain seperti yang dijadualkan kemudian.
Sebanyak lima sektor telah dikenal pasti dan disahkan oleh ASEAN Senior Official Meeting on Education (SOM-ED), iaitu Elektrik dan elektronik; Pembinaan Bangunan; Automotif; Hospitaliti dan Pelancongan; dan Sains Komputer dan Maklumat.
Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Dana Kerjasama ASEAN-ROK. Di antara objektif utama program ini ialah untuk memperkukuh bidang Program TVET serantau, mengurangkan jurang kompetensi kerja di kalangan negara ASEAN, mendedahkan para peserta mengenai pertukaran budaya dan Pendidikan dan meningkatkan kerjasama di antara institusi-institusi yang terlibat.
Hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pengetua IBTE Sentral, Armi Durani bin Haji Durhman, berserta beberapa orang tenaga pengajar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]