FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Sua Muka Kongsi Dasar Kerajaan, Maklumat Semasa


 


 June 25th, 2023  |  12:20 PM  |   106 views

LABU

 

Dalam usahanya untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan serta dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Temburong pagi tadi mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Senukoh, Mukim Labu bertempat di Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba bin Taliff, Kampung Senukoh, Daerah Temburong, di sini.

 

Hadir selaku ketua rombongan ialah Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Jabatan Penerangan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

 

Awang Haji Fathi Foad dalam ucapannya pada program berkenaan antara lain mengongsikan mengenai Impak Cuaca Panas dan Gelombang Haba di Negara Brunei Darussalam, Kesihatan Mental, Aplikasi MOHCares, Membendung Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah, Penipuan Kewangan Melalui Aplikasi Telegram, Talian Kebajikan 141 dan Talian Anak 121.

 

Program Sua Muka (Personal Contact) dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan dasar kerajaan di samping menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan.

 

Pemangku Ketua Kampung Senukoh, Mukim Labu, Awang Chin Haji pada program tersebut menyambut baik Program Sua Muka yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan di kampung berkenaan sebagai platform bagi penduduk kampung menyuarakan pandangan di samping bertukar-tukar fikiran dan pandangan untuk sama-sama menjaga kesejahteraan dan kemaslahatan kampung.

 

Program turut diisikan dengan perkongsian maklumat daripada agensi-agensi kerajaan yang diundang dan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan kawalan binatang liar, pertanian, prasarana dan kemudahan awam.

 

Sejurus selesai program, Majlis Perundingan Kampung Senukoh, Mukim Labu turut mengongsikan mengenai dua produk kampung berkenaan, iaitu Mee Kering Senukoh dan Mee Basah Senukoh.

Turut dikongsikan ialah proses-proses pembuatan Mee Basah Senukoh yang disampaikan oleh Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung Senukoh menggunakan mesin-mesin khas pembuatan mi yang disaksikan oleh Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Jabatan Penerangan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47