FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


72 Kenderaan Didapati Terbiar Di Tempat Awam


 


 June 25th, 2023  |  12:23 PM  |   106 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sepanjang Januari 2023 hingga April 2023, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) bersama Jabatan Pengangkutan Darat (JPD)  melaksanakan Projek Kebangsaan AVNP (Abandoned Vehicles Nationwide Clean-Up Project).

 

Matlamat projek berkenaan adalah bagi memastikan pematuhan Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, Penggal 30, Pindaan 2021.

 

Sehubungan itu sepanjang tahun 2023, sebanyak 72 buah kenderaan dipercayai terbiar lama di kawasan-kawasan letak kereta awam dan di kawasan tepi jalan raya tanpa kebenaran yang sah, dan sebanyak 16 buah daripada jumlah berkenaan dipindahkan ke tapak pelupusan melalui Jawatankuasa 'Abandoned Vehicles Nationwide Clean-Up Project'.

 

Sementara itu, sebanyak 56 buah kenderaan lagi dipindah sendiri oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas kenderaan-kenderaan berkenaan.

 

Sepanjang Mei hingga Jun 2023, sebanyak 35 buah kenderaan telah pun dikenal pasti terbiar lama dan diberikan surat amaran kepada pemilik kenderaan sebelum diambil tindakan selanjutnya.

 

Sehubungan itu, adalah diperingatkan kepada mana-mana individu, orang awam atau badan-badan syarikat terutama sekali bengkel-bengkel membaik pulih kenderaan untuk sentiasa mematuhi akan peraturan-peraturan dan undang-undang yang ada di Negara Brunei Darussalam serta sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar dan demi kemaslahatan orang ramai dan jika didapati JBBSB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan.

 

JBBSB mengingatkan bahawa di bawah Bab 12(1) (f) Penggal 30 Perintah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian Pindaan 2021, mana-mana kenderaan terbiar di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga BND1,000 bagi mana-mana individu dan BND2,000 bagi mana-mana badan ataupun syarikat bagi sebuah kenderaan.

 

Pada masa yang sama, JBBSB sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk mengongsikan sebarang aduan dan perkongsian maklumat ke nombor talian E-Darussalam 123; e-mel '[email protected]'; laman sesawang  'www.123.gov.bn'; Whatsapp +673 8333123;  Hotline Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang +673 7291122.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47