FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pemangkin Tingkatkan Produktiviti Cemerlang


 


 June 25th, 2023  |  12:27 PM  |   64 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pingat kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dalam memajukan diri dengan cemerlang bagi kementerian, jabatan atau agensi yang menjadi nadi bagi menyalurkan jasa dan bakti serta tanggungjawab yang ditanai.

 

Pada Majlis Istiadat Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NBD Ke-76 tahun, Pelita Brunei sempat menemu bual beberapa penerima pingat pada majlis yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.

 

Salah seorang penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Awang Haji Mohd. Khairul Anuar bin Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin memanjatkan rasa kesyukuran atas pengurniaan pingat berkenaan yang kini sudah berkhidmat selama 22 tahun.

 

"Alhamdulillah, dengan adanya pingat yang diperoleh ini sememangnya menjadikannya sebagai tanda penghargaan bagi diri saya, di atas segala kerja keras dan penat lelah di sepanjang perkhidmatan saya selama 22 tahun.

 

"Ia juga adalah sebagai pemangkin semangat dan motivasi bagi diri saya untuk terus meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran di dalam yang saya ceburi ini, agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan lebih bermakna, khususnya kepada orang ramai," jelas Awang Haji Mohd. Khairul Anuar yang bertugas sebagai Jurupulih Anggota Unit Fisioterapi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Manakala, Pegawai Perkembangan Ugama di Pusat Da'wah Islamiah juga turut bersyukur atas pengurniaan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) yang diterimanya hari ini.

 

Berkhidmat lebih 15 tahun di sektor kerajaan, Awang Isham bin Awang Ismail menyatakan PIKB yang diperolehi berkenaan dapat menaikkan lagi semangat dan kesungguhan untuk sentiasa menambah baik perkhidmatan ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

 

Selain untuk diri sendiri, Awang Isham juga sama-sama mengingatkan kepada rakan sekerja yang lain agar sentiasa berkhidmat dengan cemerlang dan mengutamakan keikhlasan dalam pekerjaan tanpa mengira masa dan keadaan.

 

"Pingat hanya sebagai pengiktirafan di dunia dan yang lebih penting lagi adalah ganjaran dari Allah Subhanahu Wata'ala di akhirat kelak," tambahnya.

 

Sementara itu, Penolong Pengurus Stadium dan Kompleks Sukan di Jabatan Belia dan Sukan, Dayang Norlaila binti Haji Ahad berkata pengurniaan pingat berkenaan adalah sebagai satu penghargaan yang sangat dihargai dan akan menjadikannya sebagai satu langkah untuk terus memajukan pencapaian prestasi terutama jabatan dan kementerian seterusnya demi negara.

 

Saranan Dayang Norlaila kepada rakan-rakan sekerja terutama sekali kepada mereka yang baharu berkhidmat untuk menguatkan azam dan tingkatkan usaha untuk terus bersikap lebih proaktif, produktif dan berintegriti khususnya dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

 

"Di dalam melakukan tugas, ikhlaskan diri, serta tanam dan tanaikan nilai-nilai moral yang tinggi berpaksikan Islam yang mencakupi sifat jujur, rajin, amanah dan cekap," katanya lagi.

 

Mula berkhidmat sejak tahun 2008, Pegawai Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Sharyanty binti Haji Md. Sharif sememangnya terkejut kerana pertama kali dikurniakan pingat yang sememangnya satu pengiktirafan yang amat bermakna buat dirinya.

 

 

 

"Dalam masa yang sama, saya berasa sangat gembira dan bersyukur atas penghargaan yang diberikan. Pengurniaan pingat ini menunjukkan bahawa kerja keras dan dedikasi yang saya berikan selama ini mendapat penghargaan dan diiktiraf oleh pihak atasan.

 

"Dengan menerima pingat ini, InsyaaAllah akan mendorong saya untuk bekerja dengan lebih gigih, jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Bahkan ia juga menjadi penyuntik semangat untuk saya memberikan perkhidmatan yang lebih baik," ujarnya.

 

Saranan Dayang Sharyanty buat rakan sekerja, terutama kepada rakan yang baharu berkhidmat dengan sektor kerajaan agar dapat melaksanakan tugas dan kerja yang diberikan dengan ikhlas. Terima apa juga arahan dan tugasan yang diberikan oleh pihak atasan serta laksanakan tanggungjawab yang diberikan dan menerima apa juga cabaran dengan positif.

 

Selain itu tambahnya, amat penting untuk kita memiliki semangat kerja dan motivasi yang tinggi dalam melaksanakan tugas serta mengambil inisiatif untuk belajar dan memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.

 

"Dengan fahaman yang menyeluruh, kita akan dapat melaksanakan pekerjaan dengan lebih efektif dan efisien, serta memberikan sumbangan yang lebih besar kepada organisasi tempat kita bekerja," katanya lagi.

 

Jaga integriti dan etika kerja selaku warga Perkhidmatan Awam dan penting untuk kita menjaga nama baik jabatan dan kerajaan, sekali gus meraih kepercayaan masyarakat kepada sektor kerajaan.

 

Kesemua penerima pingat yang dikurniakan kali ini menjunjung kasih Ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas sikap yang penuh dedikasi dan komited menjadi 'role model' atau galakan kepada rakan setugas lebih-lebih kepada mereka yang baharu melangkah ke alam pekerjaan untuk sama-sama meningkatkan produktiviti dan bermanfaat ke arah memajukan sebuah organisasi sampai bila-bila.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47