FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


HMP : Bariga Perkhidmatan KKBS Kepada Masyarakat


 


 June 25th, 2023  |  12:31 PM  |   70 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebagai landasan untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya, KKBS buat julung kalinya mengadakan Hari Mesra Pelanggan (HMP) KKBS Tahun 2023 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

 

Dengan membawakan tema 'Menjalin Kerjasama Dengan Masyarakat', HMP KKBS bagi tahun 2023 diadakan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 26 Jun 2023.

 

Sehubungan itu, hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan HMP KKBS Tahun 2023, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Juga hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja HMP KKBS Tahun 2023;  rakan-rakan strategik KKBS serta pelajar.

 

Pada majlis berkenaan, beberapa produk dan perkhidmatan terbaharu dan penjenamaan semula juga dilancarkan, iaitu pelancaran laman sesawang baharu KKBS (Penaiktarafan) yang lebih interaktif, informatif, berwajah baharu dan juga disediakan dalam dwibahasa; pelancaran semula ikon sopan santun orang Brunei; pelancaran video-video pembarigaan permohonan Elaun Penyedia Penjagaan (EPP) bagi penerima Elaun Kurang Upaya di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); dan pelancaran JAPEM Brew, sebuah inisiatif bagi melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan residen Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) untuk terlibat dalam keusahawanan.

 

Pelbagai aktiviti juga dikendalikan oleh lima sektor KKBS, iaitu: sektor kebudayaan; sektor kemasyarakatan; sektor kebeliaan; sektor kesukanan; dan sektor urus tadbir.

 

Kegiatan-kegiatan berkenaan termasuk belajar bahasa isyarat; Permohonan Pencen Umur Tua; Permohonan Bantuan; Pendaftaran Kemasukan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN); 'Meet and Greet' bersama pemenang pingat emas sukan Wushu di tiga Sukan SEA berturut-turut; kuiz interaktif sejarah; Cultural Treasure Hunt; Bicara Sejarah Bersama Pengetua Pusat Sejarah Brunei (PSB); demonstrasi kaligrafi; jualan buku; kajian kaji selidik HMP KKBS Tahun 2023 dan sebagainya.

 

Di samping itu, salah satu daya tarikan pada HMP kali ini ialah program Kembara Bas Jejak Warisan Brunei.

 

Para pengunjung akan dibawa menyelusuri Bandar Seri Begawan (BSB) dan akan diberi penerangan oleh para pegawai dari Jabatan Muzium-Muzium dan PSB mengenai tapak-tapak warisan di BSB.

 

Para pengunjung juga boleh berhenti singgah (hop on hop off) di tapak-tapak warisan tertentu.

 

Antara tempat yang akan dilawati termasuk Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Galeri PSB, Muzium Alat Kebesaran Diraja dan Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja.

 

Program berkenaan adalah secara percuma dan akan mengambil masa antara 45 hingga 60 minit.

 

Adapun matlamat HMP diadakan agar para pelanggan dapat lebih memahami bidang tugas serta peranan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya serta mengetahui prosedur perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan dengan lebih jelas; dan mendapatkan maklum balas berhubung kualiti perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya dapat memberikan perkhidmatan yang efisien dan mesra pelanggan.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai pelbagai aktiviti anjuran KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan mengunjungi HMP, iaitu pada Ahad, 25 Jun 2023 bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam dan pada Isnin, 26 Jun 2023 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47