FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Wujudkan Budaya Integriti Dalam Pelaksanaan Urus Tadbir


 


 June 25th, 2023  |  12:32 PM  |   77 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad menekankan akan kepentingan mewujudkan budaya organisasi yang mengutamakan integriti dan mendukung pelaksanaan urus tadbir yang baik.

 

Yang Berhormat menjelaskan, integriti merupakan nilai asas yang harus diperkukuh dan dipupuk dalam semua peringkat urus tadbir kerana integriti membentuk asas yang kukuh untuk kepercayaan awam, kestabilan organisasi dan pembangunan negara secara menyeluruh.

 

"Oleh itu, kita perlu sentiasa mematuhi prinsip–prinsip moral dan etika, mengamalkan prinsip–prinsip urus tadbir yang telus, adil dan benar dalam setiap tindakan dan keputusan kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan," ujar Yang Berhormat semasa Majlis Pelancaran Hari Mesra Pelanggan (HMP) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) Bagi Tahun 2023 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

 

Terdahulu Yang Berhormat dalam ucapannya menyatakan, organisasi-organisasi Perkhidmatan Awam, tidak terkecuali KKBS sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menjana serta meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.

 

Menurut Yang Berhormat, tidak dinafikan bahawa kualiti penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai masih mempunyai ruang untuk pembaikan.

 

Yang Berhormat menambah, keluhan dan sungutan yang dizahirkan pelanggan berkaitan dengan mutu dan cara pemberian perkhidmatan memanifestasikan harapan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan pada tahap yang memuaskan, iaitu perkhidmatan yang cekap dan bermutu tinggi.

 

"Walau bagaimanapun, peranan dan tugasan memberi perkhidmatan yang baik semakin mencabar dengan adanya perubahan iklim persekitaran yang dijana oleh arus pemodenan dan ekspektasi pelanggan yang berterusan meningkat serta pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) yang semakin bercita rasa sofistikated dan tinggi," ujar Yang Berhormat.

 

Dalam memenuhi ekspektasi berkenaan tambah Yang Berhormat, kita hendaklah bergerak seiring dengan tuntutan perubahan.

 

Dalam hal ini, Yang Berhormat menyeru kepada warga kerja KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya agar dapat memberikan komitmen dan sentiasa meneroka ruang serta peluang dalam melaksanakan apa juga inisiatif ke arah penambahbaikan perkhidmatan-perkhidmatan di jabatan, bahagian dan unit masing-masing.

 

Dalam erti kata yang lain jelas Yang Behormat, mereka hendaklah sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan dan peka dengan perkembangan pantas teknologi informasi dan komunikasi masa kini.

 

Di samping itu kata Yang Berhormat lagi, keperluan atau cita rasa pelanggan, pihak swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai juga perlu diambil perhatian kerana mereka ini menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan sebagai pemangkin kepada pembangunan negara.

 

Yang Berhormat juga menekankan agar Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) hendaklah sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa dengan meneliti semula secara terperinci melalui kaedah pengurusan atau amalan terbaik seperti 'business process reengineering, change management' dan seumpamanya bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47