FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belia Perlu Berdaya Saing, Libatkan Diri Dalam Pembangunan Negara


 


 June 25th, 2023  |  12:34 PM  |   76 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 500 belia menghadiri Youth Town Hall Edisi Ke-6 anjuran bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta Youth Professionals Network (YPN) Brunei dan disokong oleh Kementerian Pendidikan, yang diadakan di Dewan Teater, Jabatan Perdana Menteri, di sini, petang tadi.

 

Youth Town Hall adalah platform yang ditubuhkan pada tahun 2020 bersempena Hari Belia Kebangsaan untuk memupuk pemikiran penyelesaian, pemikiran ke hadapan dan komuniti belia kolaboratif yang bersemangat, dalam menyumbang pada pembangunan negara dengan menyediakan peluang kepada belia berinteraksi bersama menteri dan pegawai kanan kerajaan.

 

Edisi Ke-6, yang bertemakan 'Mengembangkan Ekonomi yang Inklusif dan Dinamik melalui Pendidikan' (Developing an Inclusive and Dynamic Economy through Education) menyaksikan dialog bersama Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh dan dikendalikan oleh Penolong Ketua Pegawai (Belia), Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Muhammad Nuriskandar bin Mohd Hasnan.

 

Sesi dimulakan dengan perbincangan mengenai bajet di mana Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkongsi bagaimana bajet kementeriannya diperuntukkan dan diagihkan diikuti dengan bagaimana Brunei berjaya menghadapi cabaran semasa pandemik apabila sekolah terpaksa ditutup dan bagaimana pendidikan perlu diteruskan dalam talian ketika itu.

 

Yang Berhormat turut berkongsi tentang kepentingan pelaburan dalam pendidikan untuk masa depan bangsa.

 

Dalam perbincangan dengan para peserta, Yang Berhormat berkongsi tentang jurang yang perlu ditangani termasuk pembangunan kesejahteraan sosial dan emosi untuk menyediakan masa depan belia kita dan membangunkan pelbagai laluan sebagai sebahagian daripada keterangkuman termasuk kurikulum untuk keperluan khas, pendidikan teknikal untuk bertindak balas kepada permintaan berasaskan industri untuk pembangunan kecekapan dan menggalakkan STEAM Pendidikan.

 

Sebelum mengakhiri sesi berkenaan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut memberikan nasihat kepada para belia tentang kepentingan berdaya saing di peringkat global, mencabar diri untuk keluar dari zon selesa, kepentingan membaca, menjadi proaktif menyertai persatuan dan inisiatif belia serta mempunyai sikap ingin tahu dalam kalangan yang lain.

 

“Tema Membangunkan Ekonomi Inklusif dan Dinamik melalui Pendidikan' membawa maksud yang luas untuk merangkumi dua tonggak besar Wawasan 2035 - pendidikan dan ekonomi, dan melalui sesi ini, kami menyaksikan pertukaran antara Yang Berhormat Datin dengan para peserta meliputi isu-isu seperti bajet, sumber, keutamaan Kementerian Pendidikan dan berkaitan SPN, kemahiran untuk berdaya saing, aliran pendidikan berkeperluan khas sebagai sebahagian daripada keterangkuman antara lain.

 

“Kami cipta platform seperti ini untuk membolehkan belia kita melibatkan diri dalam pembangunan negara sebagai sebahagian daripada advokasi kita untuk membangunkan generasi didorong penyelesaian yang bermula dengan memahami selok-belok dan cabaran untuk pembangunan - hari ini dalam pendidikan," kata Ketua Projek Youth Town Hall & Pasukan Teras, Rangkaian Profesional Muda BN, Mohammad Ashmeer Imtiaz Ahmad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47