FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doa Kesyukuran Sempena 30 Tahun ITQSHHB


 


 June 25th, 2023  |  12:35 PM  |   79 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) kini telah mencapai 30 tahun penubuhannya dan melahirkan para al-hafiz dan al-hafizah di Negara Brunei Darussalam serta menjadikan negara ini negara Zikir.

 

Sehubungan itu, Majlis Doa Kesyukuran bersempena 30 Tahun ITQSHHB berlangsung petang tadi di Musolla institut berkenaan, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; pegawai-pegawai kanan KHEU, jemputan-jemputan khas, para pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar ITQSHHB.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, diikuti bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai yang diketuai oleh Alumni ITQSHHB, Awang Abdul Aziz bin Noor Nasran.

 

Seterusnya, bacaan Doa Khatam dipimpin oleh Awang Muhammad Hilmi bin Muhammad Iskandar dan kemudiannya membacakan Takhtim.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, manakala bacaan Doa Peliharakan Sultan dipimpin oleh Pengurus Huffaz Management Awang Haji Mohamamd Loqman Al-Hakim bin Awang Haji Hamdan.

 

ITQSHHB merupakan satu-satunya Pusat Pengajian yang bukan sahaja melahirkan para al-hafiz dan al-hafizah Al-Quran, bahkan pengajiannya seiring dengan sistem Pengajian Akademik dan Dirasah Islamiyyah di sekolah-sekolah pengajian umum dan sekolah-sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam.

 

Antara tujuan Majlis Doa Kesyukuran tersebut diadakan ialah sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, dan meraikan penubuhan ITQSHHB yang telah mencecah 30 tahun.

 

Di samping itu juga, ia bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim antara pihak-pihak berkepentingan (stakeholders), mantan-mantan pengetua dan tenaga pengajar serta alumni ITQSHHB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47