Home > Bahasa Melayu
Majlis Khatam Al-Quran Raikan 21 Murid Darjah VI
June 28th, 2023 | 15:24 PM | 42 views
BERAKAS
Bagi menyahut dan menanai hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melahirkan lebih banyak generasi celik Al-Quran di negara ini, seramai 21 murid Darjah VI Tahun 1444H / 2023M dari Sekolah Ugama (BSR) Delima Satu diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Al-Barakah sekolah berkenaan, petang tadi.
Murid-murid terdiri daripada 11 murid lelaki dan 10 murid perempuan yang berjaya khatam bacaan 30 juzuk Al-Quran.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Bahagian Bangunan & Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ar. Awang Haji Azmi bin Haji Tahir.
Majlis khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh tetamu kehormat majlis.
Kemudian, disusuli dengan bacaan Surah Adh-Dhuha sehingga Surah An-Nas oleh para peserta khatam, dan diikuti dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid Darjah IV dan V.
Majlis turut diserikan lagi dengan Dikir Marhaban oleh pelajar-pelajar Darjah IV dan V yang turut diselajurkan dengan acara Merenjis Minyak Wangi dan Penyampaian Sijil kepada peserta khatam oleh tetamu kehormat majlis.
Seterusnya bacaan Tasbih Kifarah, Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh Awang Shahrol bin Haji Shamsuddin.
Di samping menggalakkan murid-murid mencintai Al-Quran dengan sentiasa membacanya dengan betul dan lancar, acara juga bertujuan untuk memastikan murid-murid berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum mereka menamatkan Darjah VI persekolahan Ugama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]