FacebookInstagramTwitterContact

 

OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>           Cristiano Ronaldo Aims To Defy Age, Continue At 'High Level'           >>           Marko Rudan Quits As Western Sydney Wanderers ALM Coach           >>           Can US Floating Pier Improve Gaza’s Critical Aid Pipeline?           >>           Key Weeks Ahead For Russia’s War In Ukraine           >>           Why Biden-Trump Debates Come With Risks For Both Sides           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Galak Penggunaan ODR Dalam Menyelesaikan Pertikaian Rentas Sempadan


 


 June 28th, 2023  |  15:37 PM  |   61 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Jabatan Kehakiman Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HK) mengadakan seminar pertamanya yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Timbang Tara Serantau AALCO HK dan eBRAM International Online Dispute Resolution Centre baru-baru ini.

 

Seminar berkenaan menampilkan dua penceramah terkemuka, iaitu  Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau AALCO HK, Nick Chan Hiu-Fung, yang menyampaikan pembentangan tentang ABCs of LawTech, ODR Platform, 'Generative AI and  the positive impact on access to justice and increasing economic developments' manakala Pengarah ODR Pusat Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian Antarabangsa eBRAM, Jacob Sin, pula menyampaikan pembentangan tentang 'The benefits of the APEC ODR Framework for resolving cross-border disputes and how to use the APEC ODR Rules'.

 

Semasa seminar berkenaan, AALCO HK dan eBRAM berkongsi kepakaran mereka dan mempamerkan bagaimana perkhidmatan mereka, termasuk platform ODR (Online Dispute Resolution), boleh memudahkan perdagangan antarabangsa, perdagangan digital dan penyelesaian pertikaian di China, HK, Asia dan seterusnya.

 

Para peserta memperoleh pandangan berharga tentang perkembangan terkini HK dalam LawTech, termasuk penggunaan teknologi AI, Blockchain dan Cloud, yang memajukan akses terhadap keadilan.

 

Seminar berkenaan memaparkan perbincangan mengenai Generatif AI, seperti ChatGPT, dan mengetengahkan APEC Collaborative Framework for Online Dispute Resolution (ODR) for Cross-Border B2B Disputes and the eBRAM APEC Rules.

 

Inisiatif berkenaan menggalakkan penggunaan ODR untuk menyelesaikan pertikaian komersial rentas sempadan dengan berkesan.

 

Dalam ucapan pembukaan, Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong menekankan bahawa bagi memastikan akses yang sama kepada perkhidmatan undang-undang dan sistem keadilan adalah prinsip asas kedaulatan undang-undang dan asas profesion undang-undang.

 

Yang Amat Arif seterusnya menambah bahawa menerapkan teknologi adalah penting dalam misi untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai secara berkesan dan memudahkan akses saksama kepada keadilan dan penggunaan teknologi undang-undang, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian pertikaian dalam talian (ODR) yang berpotensi untuk meningkatkan dan memudahkan pendekatan untuk mengamalkan undang-undang dan melaksanakan keadilan.

 

 Ketua Hakim Mahkamah Besar turut menyentuh mengenai penerimaan penyelesaian pertikaian dalam talian (ODR) dan menekankan potensinya, untuk meningkatkan kesaksamaan dan kemasukan ke dalam sistem keadilan, dengan menawarkan penjimatan masa dan kos kepada  pihak.

 

Yang Amat Arif menekankan bahawa nilai sebenar teknologi terletak kepada keupayaannya, untuk menjadikan isu undang-undang yang dihadapi oleh individu dan perniagaan lebih berpatutan, lebih mudah diakses, dan diselesaikan dengan lebih cekap dan bagaimana ia akhirnya memberi manfaat kepada orang sebenar dan perniagaan sebenar.

 

Pandemik COVID-19 tambah Yang Amat Arif menunjukkan keberkesanan perbicaraan jarak jauh, dan ia juga keperluan untuk memanfaatkan kejayaan yang dicapai, dalam ruang penyelesaian pertikaian semasa wabak.

 

Beliau juga menambah bahawa adalah penting bahawa 'legal fraternity' sentiasa dimaklumkan tentang kemajuan, yang dibuat dalam teknologi undang-undang, AI dan ODR supaya tidak ketinggalan dalam kehidupan komersial digital moden.

 

Bagaimanapun, Ketua Hakim Mahkamah Besar mengiktiraf bahawa kebolehcapaian keadilan melalui teknologi bergantung kepada pemahaman dan keupayaan pengguna, untuk menggunakannya dengan berkesan dan mengatasi halangan seperti pembiayaan, kapasiti, jurang kemahiran dan celik digital adalah penting untuk memastikan pembangunan dan sepenuhnya potensi teknologi dalam menyelesaikan pertikaian.

 

Seminar berkenaan menandakan peristiwa penting berikutan pemeteraian Memorandum Kerjasama (MOC) antara Mahkamah Agung NBD dan Jabatan Kehakiman (DoJ) HK pada Mei 2023.

 

 MOC tersebut bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan meningkatkan kerjasama, antara dua bidang kuasa, dalam perkara mengelak dan menyelesaikan pertikaian.

 

Seminar berkenaan meletakkan asas kukuh untuk kerjasama masa depan antara NBD dan HK dan bagaimana permulaan kejayaan merealisasikan komitmen bersama  kepada MOC melalui perkongsian pengalaman, bertukar-tukar idea dan kepakaran serta mempromosikan penyampaian yang adil , keadilan yang seimbang dan tepat pada masanya.

 

Acara berkenaan menghimpunkan pihak berkepentingan daripada sistem keadilan, termasuk Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Pusat Timbang Tara Brunei Darussalam (BDAC), Persatuan Undang-undang NBD, Jabatan  Perdana Menteri, dan Jabatan Kehakiman Negara.

 

Hadir pada seminar berkenaan, Setiausaha Kehakiman Wilayah Pentadbiran Khas HK, Paul Lam; Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar, Yang Arif Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; dan Yang Berhormat Pesuruhjaya Kehakiman dan Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Yang Arif Awang Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Colonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli.​

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15