FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jadikan Membaca Al-Quran Sebagai Amalan Harian


 


 June 28th, 2023  |  15:40 PM  |   77 views

GADONG

 

Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan pagi tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan seramai 318 pelajar Sanah 6 yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh dua tahun.

 

Majlis diadakan di Dewan Besar Mabna Al-Ma'wa, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri, Yang Arif Dato Seri Setia Awang Haji Johar bin Haji Muhammad.

 

Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan sekolah sebagai galakan kepada para pelajar untuk sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan baik dan sempurna, seterusnya menjadi amalan dalam menjalani kehidupan beragama.

 

Terdahulu, majlis Khatam dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah yang diketuai oleh Dayang Hayatul Husna binti Sizali, yang kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam.

 

Setelah itu, majlis disusuli dengan bacaan Takhtim oleh pelajar-pelajar Sanah 5 dan Doa Khatam yang dibacakan oleh Dayang Seri Balqis Hafizatul Humaira binti Huzaimi.

 

Majlis turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan seterusnya penyampaian Sijil Khatam kepada peserta-peserta khatam.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Sayyidul Istighfar yang dipimpin oleh Dayang Muzfirah Fathiyyah binti Ratano, manakala Doa Selamat dibacakan oleh Awang Ali Khairul Faiz bin Haji Amat.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15