FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Strategi Pendidikan Tinggi Islam Perlu Dikemas Kini


 


 June 28th, 2023  |  15:43 PM  |   76 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menegaskan, kita perlu mempunyai landskap pendidikan tinggi Islam abad ke-21 dengan mengambil kira strategi dan hala tuju.

 

Yang Berhormat menjelaskan, strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk menyampaikan kita kepada matlamat atau sasaran hala tuju yang dikehendaki.

 

"Maka strategi utama kita, ialah untuk melihat pendidikan tinggi Islam terus unggul, bukan lemah atau dikaburi oleh globalisasi. Kalau globalisasi itu hebat, maka Islam juga, yang memang sedia hebat, mestilah terus hebat. Kerana Islam adalah tinggi, selamanya tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripadanya," ujar Yang Berhormat semasa membentangkan Kertas Perdana pada Persidangan Antarabangsa Universiti-universiti Islam 2023 (ICIU2023) yang berlangsung di Dewan Indera Samudera, The Empire, di sini.

 

Terdahulu menurut Yang Berhormat, abad ke-21 disebut juga milenium ketiga dan abad globalisasi, yang mencetuskan persaingan bebas yang sangat ketara lagi meluas dan salah satu impak negatif globalisasi atau modenisasi itu ialah menurunnya nilai ugama.

 

Yang Berhormat seterusnya mengongsikan, United Nation Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) menggariskan dasar pendidikan itu sebagai Learning to think (belajar bagaimana berfikir); Learning to do (belajar bagaimana bekerja); Learning to be (belajar bagaimana untuk 'survive' tetap hidup); dan Learning to live together (belajar bagaimana untuk hidup bersama).

 

Tambah Yang berhormat, semua inti pati dasar berkenaan boleh diterima kerana Islam sebenarnya sudah lebih awal mengungkap perkara-perkara berkenaan.

 

Yang Berhormat seterusnya menyatakan, landskap dan strategi pendidikan tinggi Islam abad ke-21 perlu dikemas kini dan diperkasa.

 

"Pusat-pusat pendidikan tinggi kita mesti membuka pintunya luas-luas untuk ilmu ini. Kita akan namakan ia dengan nama 'ilmu sains Islam'. Kerana ilmu sains Islam mempunyai kelebihan dari ilmu sains barat.

 

"Ilmu sains barat hanya semata-mata berteraskan uji kaji terhadap benda-benda yang dapat dilihat, ditimbang, dihitung dan diukur semata-mata, sementara ilmu metafizik dan soal-soal keimanan hanya dianggap 'andaian' sahaja, yang sukar untuk diterima oleh akal, berbanding sains Islam, tetap percaya kepada kuasa Allah dan perkara-perkara ghaib," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat menambah, kita tidak mahu pusat-pusat pengajian tinggi kita tidak celek ilmu sains, tetapi yang kita mahu, mereka juga mesti jadi pelopor dan penghayat ilmu ini.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, kita tidak mahu para mahasiswa dan mahasiswi kita menganggap Islam itu miskin sains atau dalam Al-Quran tidak ada sains.

 

Yang Berhormat juga menyentuh betapa pentingnya ilmu sains kerana ia bukan sahaja alat untuk meneroka angkasa, bahkan juga lebih utama, berperanan untuk menegakkan hukum Allah dalam kehidupan manusia.

 

Maka jelas Yang Berhormat, landskap pendidikan tinggi Islam jangan meminggirkan ilmu sains, tetapi turut memartabatkannya sebagai salah satu ilmu teras yang wajib dipelajari.

 

"Tiada halangan bagi kita untuk menerima dan mempelajari sama sains barat yang berunsur kebendaan, tetapi kita akan lengkapi ia dengan sains Islam yang mengiktiraf kuasa Allah dan mempercayai perkara-perkara yang berhubung kait dengan keimanan sebagai pasaknya," ujar Yang Berhormat.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55