FacebookInstagramTwitterContact

 

Kansas City Chiefs CEO's Wife And Daughter Speak Out Amid Harrison Butker Controversy           >>           'I Had No Choice But To Get A 35-Year Mortgage'           >>           Iran President Helicopter In Hard Landing - State Media           >>           Slovakia PM Attacker 'May Not Have Been Lone Wolf'           >>           Have Trump Prosecutors Made Their Case At Hush-Money Trial?           >>           DR Congo Army Says It Has Thwarted Attempted Coup           >>           Assassin's Creed Director: The Right Time To Take Series To Japan           >>           Meeting with Syarikat Rawaf Mina           >>           Village Head Voting and Election           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Martabatkan Lulusan Institut Pengajian Tinggi Islam


 


 June 28th, 2023  |  16:02 PM  |   161 views

JERUDONG

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertitah, Persidangan Antarabangsa Universiti-universiti Islam 2023 (ICIU2023) yang bertemakan 'Landskap Pendidikan Pengajian Tinggi di Abad Ke-21 : Strategi dan Halatuju', diharap akan dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada pengembangan ekosistem pendidikan institusi pengajian tinggi Islam global.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian semasa Perasmian ICIU2023 yang berlangsung di Indera Samudra, The Empire Brunei, di sini.

 

Baginda seterusnya bertitah menyatakan, Institusi Pengajian Tinggi Islam sebenarnya sudah lama wujud dan telah dibangunkan lebih dari 1,000 tahun lampau, yang mana penubuhannya adalah lebih awal dari universiti-universiti terkenal di Barat.

 

Titah baginda lagi, Universiti al-Qarawiyyin di Maghribi dan Universiti Al-Azhar di Mesir adalah merupakan antara dua buah pusat pendidikan tinggi Islam yang terkemuka dan telah menjadi lubuk ilmu seawal kurun ke-9 dan 10 lagi.

 

Kedua-dua universiti itu menurut titah baginda, telah melahirkan ramai ilmuwan, tokoh dan sarjana Islam yang hebat merentasi pelbagai ilmu, termasuk tokoh-tokoh di bidang kedoktoran, matematik, kejuruteraan, teknologi dan seumpamanya.

 

Mereka tambah baginda, adalah cendekiawan Islam yang disegani, yang lahir dari pusat-pusat pendidikan Islam yang ditunjangi oleh pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, dan mereka juga sebagaimana lazimnya adalah merupakan huffaz Al-Quran sebelum meneroka bidang lain dan menjadi pakar di dalamnya, yang mana sumbangan mereka kepada peradaban dan tamadun dunia tidak boleh dipertikaikan lagi.

 

“Sistem dan strategi yang diamalkan oleh universiti Islam ini, masih kekal relevan sehingga ke hari ini. Buktinya, lulusan universiti-universiti tersebut, ramai yang menjadi tokoh pemikir dunia yang menjadi rujukan masyarakat global, disebabkan pusat-pusat pengajian Islam ini juga tidak mengenepikan keperluan dan kemodenan semasa," titah baginda lagi.

 

Selaras dengan sejarah kegemilangan institusi-institusi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah menyarankan, supaya mereka lebih terpanggil mendepani cabaran-cabaran semasa dalam landskap keilmuan yang semakin kritikal dan meruncing, khususnya di Abad Ke-21 ini.

 

Kebawah DYMM bertitah mengharapkan, dengan berhimpunnya para cendekiawan dalam dunia akademik pengajian Islam Asia di sini, akan dapat mencari jalan untuk memartabatkan lagi lulusan institusi pengajian tinggi Islam, khususnya dalam menyantuni cabaran kebolehpasaran profesi lulusan institut pengajian tinggi Islam.

 

“Beta juga melihat UNISSA boleh mengatur langkah mempersiap sistem pembelajaran dan pengajaran yang seiring dengan tujuan murni penubuhan UNISSA, iaitu untuk melahirkan ulama dan cendekiawan berwibawa. Ini bermakna program atau kursus yang ditawarkan tidaklah hanya terfokus kepada ilmu asas Fardu 'Ain semata-mata, malah juga menjadi tuntutan zaman ialah turut memenuhi keperluan Fardhu Kifayah," titah baginda lagi.

 

Maka dalam hubungan ini titah baginda, adalah sangat wajar jika pengembangan kurikulum serta penawaran program, dapat dilebarkan kepada bidang-bidang seperti pertanian, sains dan teknologi, selaku nadi kehidupan dalam Abad Ke-21 ini, yang mana pada hemat baginda, pendidikan Islam juga adalah berkenaan, sebagai sifatnya ugama yang syumul, meliputi semua bidang.

 

Terdahulu itu, Kebawah DYMM bertitah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada UNISSA yang telah berusaha melaksanakan inisiatif yang sangat bermanfaat iaitu bekerjasama dengan ASIAN Islamic Universities Association (AIUA) dalam menganjurkan persidangan ini, dan syabas juga kepada UNISSA atas kepercayaan yang diberikan kepadanya bagi menyelenggarakan Mesyuarat Agung Tahunan AIUA Ke-13 di Negara Brunei Darussalam.

 

“Akhirnya, beta ucapkan selamat berseminar dan berdoa semoga perpaduan yang diserlahkan di dalam persidangan ini akan terus dipelihara untuk memacu kecemerlangan pusat pendidikan tinggi Islam di rantau Asia khasnya dan di arena antarabangsa amnya," titah baginda lagi.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Assassin's Creed Director: The Right Time To Take Series To Japan

 2024-05-20 03:59:26

'I Had No Choice But To Get A 35-Year Mortgage'

 2024-05-20 04:30:31