Home > Bahasa Melayu
Talian Telefon Di Pusat Kesihatan Rimba Gadong Alami Kerosakan
June 29th, 2023 | 10:11 AM | 79 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kerosakan talian telefon di Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakillah Hayatul Bolkiah, Rimba Gadong yang tidak dapat dihubungi disebabkan kerja-kerja pembaikan peralatan telekomunikasi sedang dijalankan.
Talian-talian yang tidak dapat dihubungi ialah +673 2424991 (Kaunter Pendaftaran); +673 2428240 (Klinik Pergigian); +673 2428241 (Bilik Rawatan); +673 2428245 (Fax Admin - Pentadbiran); +673 2428246 (Bahagian Farmasi); +673 2428247 (Kaunter C, Tingkat 1); dan +673 2425248 (Klinik Ibu dan Anak-anak).
Orang ramai bolehlah menghubungi talian +673 8360991 (Klinik Penjagaan Kesihatan Asasi) dan +673 8131582 (Klinik Ibu dan Anak-anak) semasa waktu bekerja sementara menunggu talian-talian yang mengalami kerosakan dibaik pulih.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau layari laman sesawang 'www.moh.gov.bn'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]