Home > Bahasa Melayu
Kibar Bendera Sempena Hari Keputeraan Mulai 1 Julai
June 29th, 2023 | 10:12 AM | 94 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Ke-77 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sukacita menyeru rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan serta pemasangan dan penyalaan lampu-lampu cucul di bangunan-bangunan kerajaan dan sektor swasta mulai Sabtu, 1 Julai 2023 sehingga Isnin, 31 Julai 2023.
Sehubungan itu, Pengiran-pengiran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]