FacebookInstagramTwitterContact

 

Marco Reus Buys Beer For All Dortmund Fans At Farewell Game           >>           Slisz's 1st Career Goal Gives Atlanta Draw With Nashville           >>           Atalanta Seal UCL Place, Seek To End Leverkusen Run In UEL Final           >>           Chelsea Crowned WSL Champions After Crushing Man United           >>           Emma Hayes Ends Chelsea Reign With 5th Successive WSL Title           >>           How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pendedahan Cara Hidup, Budaya, Bahasa Tempatan


 


 June 29th, 2023  |  11:21 AM  |   59 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menganjurkan Program Mobiliti Pelajar Serantau ke KUPU SB 2023 (RUS-MP@KUPU SB) yang telah bermula pada 25 Jun lalu dan akan berakhir pada 3 Julai. Seramai 15 pelajar terdiri daripada lapan buah universiti daripada Indonesia, Malaysia dan Thailand menyertai program berkenaan.

 

Gabungan universiti yang terlibat dalam program berkenaan ialah dari Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor, Universiti Mulawarman, Universiti Dharmawangsa, Universiti Pendidikan Indonesia, Universiti Islam Malang dan Universiti Kasersart, Thailand.​

 

Beberapa pengisian dalam program melibatkan lawatan ke beberapa tempat menarik termasuk Muzium Alat Kebesaran Diraja, Muzium Teknologi Melayu, Pusat Sejarah Brunei, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah di mana pelajar diberikan taklimat terperinci berkaitan sejarah Brunei dahulu dan kemajuan sekarang, beberapa aktiviti khidmat masyarakat dan sukan kayak di Daerah Temburong.

 

Antara objektif penganjuran Program Mobiliti berkenaan termasuk untuk memberi pendedahkan kepada pelajar serantau berkenaan cara hidup masyarakat tempatan dengan pelbagai budaya, bahasa dan aspek-aspek sosial yang berkaitan kepada dunia luar.

 

Selain itu, untuk memperkenalkan keistimewaan Brunei sebagai sebuah negara Beraja yang mengamalkan ajaran agama Islam dalam setiap pelusuk kehidupan masyarakat dan mendaulatkan tulisan Jawi.

 

Seterusnya, memperluaskan dakwah Islamiah dari pandangan pelajar secara syumul dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan masyarakat, persekitaran dan isu-isu terkini. Selanjutnya, untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran komunikasi dan kerjasama.

 

Selain itu, ia juga untuk mengukuhkan rantaian hubungan dengan institusi-institusi luar negara dalam memperluas lagi hubungan kerjasama antara KUPU SB dengan institusi pengajian tinggi serantau dan antarabangsa.

 

Melalui program tersebut diharapkan dapat menghasilkan pengalaman-pengalaman dan kemahiran yang diperlukan bukan sahaja terhadap para pelajar KUPU SB yang terlibat, tetapi juga dapat menyalurkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar mobiliti untuk mereka bawa kembali ke negara masing-masing dan seterusnya membarigakan keberadaan Negara Brunei Darussalam yang maju bukan kerana kemodenan tetapi sebagai Negara Zikir dengan ciri 'Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafur'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48