FacebookInstagramTwitterContact

 

Marco Reus Buys Beer For All Dortmund Fans At Farewell Game           >>           Slisz's 1st Career Goal Gives Atlanta Draw With Nashville           >>           Atalanta Seal UCL Place, Seek To End Leverkusen Run In UEL Final           >>           Chelsea Crowned WSL Champions After Crushing Man United           >>           Emma Hayes Ends Chelsea Reign With 5th Successive WSL Title           >>           How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Khatam Raikan 43 Murid Darjah VI


 


 June 29th, 2023  |  11:32 AM  |   179 views

MULAUT

 

Seramai 43 murid Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kawasan Brunei IV yang terdiri daripada 25 murid lelaki dan 18 murid perempuan telah berjaya menamatkan bacaan 30 Juzuk Al-Quran.

 

Sehubungan itu, Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-Murid Darjah VI Tahun 1444H / 2023M diadakan bagi meraikan murid-murid berkenaan bertempat di dewan serbaguna sekolah berkenaan, Jalan Mulaut, di sini.

 

Hadir selaku tetamu khas pada majlis khatam tersebut ialah Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial, Bahagian Perkhidmatan Sosial, Dayang Hajah Noraidah binti Abdul Hamid.

 

Majlis tersebut diadakan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran, beriman, beramal dan bertakwa di samping menggalakkan amalan membaca Al-Quran dengan betul dan lancar.

 

Selain itu, ia juga memastikan murid-murid dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzuk sebelum menamatkan Darjah VI. Majlis Khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu khas majlis.

 

Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Naas oleh para peserta Khatam. Sementara itu, bacaan Takhtim pula dibacakan oleh murid-murid perempuan Darjah IV dan V sekolah berkenaan. Manakala Doa Khatam dibacakan oleh Awang Muhammad Nabil Wazif Muzaffar bin Husaini.

 

Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban oleh murid-murid lelaki Darjah IV dan V dan seterusnya penyampaian sijil kepada para peserta dan kemudiannya Doa Selamat dibacakan oleh Awang Wan Amirul Akmal bin Haji Zaini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48