FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Kesedaran Kepentingan Perisikan Geospatial


 


 June 29th, 2023  |  11:35 AM  |   187 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seminar bertajuk 'OBSERVE: Harnessing Geospatial Intelligence for Climate Change' dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perisikan geospatial dalam memahami kesan perubahan iklim dan membangunkan strategi yang berkesan dalam kalangan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta orang awam.

 

Sehubungan itu, bersempena dengan Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2023 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2023- Brunei MYCE 2023), Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn. Bhd. menganjurkan seminar berkenaan selama sehari bertempat di Ampitheatre, Brunei Innovation Lab (BIL), Kampung Anggerek Desa, di sini.

 

Ketua Komersial, NiAT Sdn. Bhd., Wong Teck Sion, dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata, perubahan iklim ialah salah satu cabaran paling ketara yang dihadapi hari ini, dan teknologi Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System-GIS) menyediakan set alat penting untuk memahami, menganalisis dan bertindak balas terhadap kesannya.

 

Beliau juga menekankan bahawa teknologi GIS berfungsi sebagai jambatan antara data geografi dan pemahaman alam sekitar.

 

"Dengan menangkap, mengurus, menganalisis dan memvisualisasikan data geospatial, GIS menyediakan pandangan menyeluruh tentang sistem saling berkaitan yang kompleks di bumi kita. Ia membolehkan kami membangunkan strategi yang disasarkan untuk penyesuaian perubahan iklim, memudahkan pemantauan penunjuk alam sekitar, membolehkan pakar menilai campur tangan mereka dan menyesuaikan pendekatan mereka dengan sewajarnya.

 

"Dalam seminar ini, kami akan meneroka bagaimana GIS membolehkan kami bukan sahaja memantau, tetapi juga menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. Dengan pandangan yang diperoleh daripada teknologi GIS, kami boleh menentukan kawasan yang paling terdedah kepada perubahan dan membangunkan strategi yang disasarkan untuk penyesuaian dan mitigasi untuk mengurangkan risiko bencana berkaitan iklim.

 

"Kami teruja untuk menyediakan platform unik bagi membuka potensi penuh GIS dalam menangani cabaran kompleks yang ditimbulkan oleh perubahan iklim. Seminar ini bukan sahaja akan menyediakan peserta dengan pengetahuan yang tidak ternilai tetapi juga memperkasakan mereka untuk menyumbang secara aktif kepada operasi perubahan iklim melalui penggunaan inovatif teknologi GIS," ujarnya lagi.

 

Hadir menyampaikan ceramah pada seminar berkenaan ialah GIS Engineer, NiAT Sdn. Bhd., Emily Yong Pey Pey; dan Sales Enginee, Faiz Ya'akub.

 

Antara topik utama yang diketengahkan semasa seminar berkenaan termasuk memantau pelepasan rumah hijau menggunakan data penderiaan jauh satelit, penggunaan GIS untuk tindakan iklim dan strategi untuk pengurusan bencana.

 

Kedua-dua penceamah juga melihatkan alat-alat dan teknik-teknik perisian GIS, teknologi penderiaan jauh dan kaedah pemprosesan data yang membolehkan pengekstrakan cerapan bermakna daripada data geospatial yang boleh membantu memantau dan mengurangkan perubahan iklim.

 

Semasa seminar berkenaan, para peserta mendapat pemahaman yang mendalam tentang bagaimana GIS boleh diaplikasikan dalam operasi perubahan iklim dunia sebenar, membolehkan mereka membuat keputusan termaklum dan menyumbang untuk membina masa depan yang mampan untuk Negara Brunei Darussalam.

 

Seminar tersebut bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan geospatial NiAT ke pasaran Brunei, dan mempamerkan data serta perkhidmatan geospatial berbeza yang ditawarkan pada masa ini yang boleh membantu meningkatkan analisis perubahan iklim di Brunei.

 

Di samping itu, ia berfungsi sebagai platform untuk bertukar idea, berkongsi amalan terbaik, dan memupuk kerjasama dalam kalangan peserta daripada pelbagai sektor, termasuk agensi kerajaan, institusi penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi serta orang awam.

 

Brunei MYCE 2023 adalah dianjurkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, institusi-institusi pendidikan tinggi, pihak berkepentingan dan syarikat swasta.

 

Brunei MYCE 2023 juga disokong penuh oleh beberapa rakan media rasmi, iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB); Jabatan Penerangan (Pelita Brunei); dan Brunei Press Sdn. Bhd.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15