FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BIBD Terus Komited Bantu Pelihara Alam Sekitar


 


 June 29th, 2023  |  08:37 AM  |   49 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) terus membuktikan komitmennya terhadap pemeliharaan alam sekitar dengan menaja penanaman 50 pohon pokok sebagai sebahagian daripada sokongan BIBD untuk 'Minggu Alam Sekitar'  sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2023 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2023- Brunei MYCE 2023).

 

Aktiviti penanaman pohon pokok berkenaan diadakan di Pantai Muara, dan disertai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri, bersama-sama dengan ahli pengurusan dan kakitangan BIBD.

 

Acara berkenaan menjadi bukti dedikasi BIBD untuk memupuk persekitaran yang mampan dan memelihara keindahan landskap semula jadi Negara Brunei Darussalam.

 

Dianjurkan sempena ulang tahun ke-50 Hari Alam Sekitar Sedunia, 'Minggu Alam Sekitar' membawa tema 'Road Towards a Sustainable Environment #BeTheSolution'.

 

Penglibatan BIBD dalam aktiviti penanaman  pokok berkenaan sejajar dengan komitmen menyeluruhnya terhadap Rangka Kerja Kelestarian BIBD.

 

Di bawah tonggak strategik Perlindungan Alam Sekitar, BIBD juga berusaha untuk menyokong matlamat Brunei Darussalam National Council mengenai perubahan iklim, iaitu Sifar Bersih menjelang 2050 serta komitmen global seperti Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, khususnya SDG 13 (tindakan iklim), SDG 15 (kehidupan di darat), SDG 3 (kesihatan dan kesejahteraan yang baik) serta SDG 17 (perkongsian untuk matlamat).

 

Ini meningkatkan lagi punca pemeliharaan alam sekitar selaras dengan objektif global.

 

Pada tahun lepas, BIBD telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama seperti Sekretariat Perubahan Iklim Brunei, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) serta beberapa NGO dan rakan korporat untuk inisiatif penanaman pohon pokoknya, di bawah Kempen Negara Lestari.

 

Melalui inisiatif sedemikian, BIBD juga berpegang kepada prinsip Maqasid Syariah, memastikan pemeliharaan alam sekitar dianggap sebagai aspek penting kesejahteraan masyarakat.

 

Usaha BIBD juga selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035 yang menekankan kualiti hidup yang tinggi.

 

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, BIBD kekal komited untuk menggunakan sumber dan kepakarannya dengan menjalin perkongsian strategik dengan pihak berkepentingan utama untuk memberi kesan positif kepada alam sekitar dan komuniti. Melalui inisiatif seperti aktiviti penanaman pohon pokok, BIBD berusaha untuk memberi inspirasi dan menggerakkan orang ramai agar menerima kemampanan dan mengambil tindakan kolektif ke arah membina masa depan yang lebih hijau dan lebih sejahtera untuk negara.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15