FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bincang Kerjasama Universiti Peringkat Asia


 


 June 29th, 2023  |  08:44 AM  |   39 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada tahun ini telah terpilih menjadi hos Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 Persatuan Universiti-Universiti Islam Asia atau dikenali sebagai 'Asian Islamic Universities Association (AIUA)'.

 

Mesyuarat yang diadakan baru-baru ini di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei, Jerudong dipengerusikan oleh Presiden AIUA, Professor Dr. Mujiburrahman, AIUA yang juga merupakan Rektor Universitas Islam Negeri Antasari, Banjarmasin, Indonesia.

 

Lebih 40 pemimpin universiti yang merupakan Ahli-ahli Persatuan AIUA, terdiri daripada universiti-universiti daripada negara Indonesia, Malaysia, Kemboja, Thailand dan Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Hadir bagi mewakili UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal yang juga merupakan Timbalan Presiden AIUA.

 

Mesyuarat agung tahunan tersebut untuk membangunkan rangka kerjasama universiti-universiti di peringkat Asia dan kebangsaan di samping mempromosikan Pendidikan Islam melalui universiti-universiti yang terlibat.

 

AIUA merupakan sebuah pertubuhan yang menggabungkan Institusi Pengajian Tinggi Islam negara serumpun rantau Asia. Sehingga ke hari ini, AIUA dianggotai oleh 78 ahli terdiri daripada institusi pengajian tinggi daripada negara Indonesia, NBD, Thailand, Maldives, Filipina dan juga Malaysia.

 

AIUA ditubuhkan pada tahun 2015 bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dalam kalangan IPTI negara-negara Asia bagi sama-sama mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan dengan menggunakan pendekatan Islam yang holistik.

 

Persatuan itu juga diwujudkan sebagai wadah untuk menyubur kembangkan lagi rasa identiti serantau, memupuk kesaling hubungan dan kebergantungan dengan organisasi serantau dan antarabangsa dalam meligatkan lagi apa jua aktiviti pendidikan dan penyelidikan.

Selain itu, AIUA juga diharapkan untuk menjadi hab yang berperanan sebagai medium perbincangan bagi pembangunan akademik dan pembangunan universiti secara menyeluruh.

 

Ia termasuklah membukakan peluang kepada pelajar dan warga akademik untuk menjalankan pelbagai projek dan program silang budaya sesama Ahli AIUA.

 

Sebelum mesyuarat agung ini diadakan, pihak AIUA telah mengadakan beberapa aktiviti diantaranya ialah Workshop on Managing Outbound and Inboud Student Mobility Program yang telah diadakan di Krabi, Thailand pada bulan Februari lepas.

 

Pada kali ini, mesyuarat agung tersebut telah diserikan dengan acara International Conference of Islamic Universities (ICIU) 2023 yang diadakan selama dua hari iaitu dariapda 26 Jun 2023 sehingga 27 Jun 2023 di Empire Brunei.

 

Persidangan julung kalinya itu dianjurkan oleh UNISSA dengan kerjasama AIUA. ICIU tercetus dari meja sidang ketika Mesyuarat Agung AIUA Ke-12 di Universitas Islam Negeri Antasari, Banjarmasin, Indonesia penghujung tahun lalu.

 

Gagasan ini adalah terbit hasil keprihatinan negara-negara Ahli AIUA terhadap perkembangan semasa iklim pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi Islam rantau ini dalam menghadapi cabaran Abad Ke-21.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15