FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pentingnya Tindakan Bersepadu Hadapi Fenomena Global


 


 June 29th, 2023  |  08:52 AM  |   158 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyuarakan kebimbangan mengenai fenomena pemanasan global yang membawa impak besar kepada kehidupan dan juga isu meningkatnya penyakit mental.

 

Perubahan iklim menurut kajian, jelas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mengurangkan pengeluaran hasil tanaman di seluruh dunia, mempengaruhi dan menjejaskan kesejahteraan umat manusia.

 

Tahap pemanasan melampau juga boleh membawa kesan yang sangat buruk seperti kematian, penyakit kronik, kehilangan pendapatan dan kurang bekalan air serta makanan.

 

Perkara tersebut ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam Titah Perutusan sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi di Istana Nurul Iman.

 

“Sementara itu, turut menambahkan lagi kebimbangan ialah apabila baru-baru ini, sempena menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022, telah dianggarkan bahawa beban kesihatan mental di peringkat global adalah semakin meningkat.“

 

“Di Negara Brunei Darussalam, pada tahun 2021 sahaja, sebanyak 1,515 individu telah didiagnosis dengan 'anxiety disorder' dan lebih dari 900 individu didapati mengalami 'depressive disorders'," jelas baginda lagi.

 

Kebawah DYMM juga bertitah, menurut kajian global, pandemik COVID-19 adalah menjadi penyebab meningkatnya tahap tekanan mental sehingga mewujudkan kadar kebimbangan dan kemurungan yang tinggi, dianggarkan satu dalam empat individu mengalami masalah mental.

 

Baginda menegaskan bahawa isu pemanasan global dan meningkatnya isu kesihatan mental perlulah sama-sama diberi perhatian mendalam oleh semua pihak.

 

Dua fenomena itu tegas Kebawah DYMM harus dihadapi dan ditangani seperti menghadapi dan menangani COVID-19 kerana semua itu adalah sama sahaja berstatus 'musibah'.

 

Tegas baginda lagi, kalau COVID-19 boleh dihadapi dengan SOP saintifik dan vaksin ketuhanan, mengapa terhadap dua fenomena ini tidak boleh dilakukan demikian.

 

“Tetapi soalnya, kita memerlukan inisiatif bersama pihak-pihak yang berkenaan. Misalnya mengenai gejala mental, Beta telahpun mengikuti dan membaca dua ceramah utama oleh pihak kesihatan dan pihak ugama, dimana kedua-duanya mengemukakan pendekatan berbeza tetapi sama-sama menpunyai nilai signifikan yang boleh dijelmakan menjadi tindakan bersepadu mengenainya. Tetapi belum ada kedengaran usaha ke arah itu," titah Kebawah DYMM.

 

Titah baginda lagi, pendekatan pihak ugama melihat bahawa penyakit mental itu pangkalannya ialah 'di hati', dan penyakit hati pula menurut al-Quran ubatnya ialah 'zikir'.

 

Pendekatan ini menurut Kebawah DYMM amatlah menyuntik untuk difikirkan sebagai salah satu jenis rawatan di pusat-pusat perubatan.

 

Baginda juga menyarankan agar pihak-pihak berkenaan iaitu Kesihatan dan Ugama untuk menunduki perkara ini bersama-sama.

 

“Mengenai fenomena pemanasan, kita di negara ini patut sama-sama peka untuk sentiasa berhati-hati, kerana cuaca yang sangat panas boleh membawa kesan buruk kepada tubuh badan, seperti contohnya boleh membawa kepada 'strok haba',"jelas baginda.

 

Oleh hal demikian, baginda seterusnya bertitah langkah terpenting iaitu mematuhi segala garis panduan kesihatan seperti antaranya, meminum banyak air tanpa perlu menunggu sehingga dahaga, membatasi aktiviti luaran dan memakai pakaian yang bersesuaian dan sebagainya.

 

Kerana pemanasan melampau juga adalah satu musibah, baginda mengingatkan kita sebagai orang –orang Islam agar tidak lupa untuk membanyakkan doa dan ibadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan memohon supaya kita dan negara diberikan perlindungan oleh Allah daripada kesan pemanasan yang membahayakan itu.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM merafakkan kesyukuran kerana kita dapat menyambut Aidiladha yang mulia dalam suasana aman lagi sejahtera.

 

Titah baginda, suasana aman adalah kurnia paling berharga, yang bukan semua tempat di dunia dapat menikmatinya.

 

“Oleh itu, marilah sama-sama kita memeliharanya dengan penuh tanggungjawab sambil bersyukur. Selain kita memerlukan suasana aman, kita juga memerlukan keadaan selesa dan kesihatan. Maka untuk itu, faktor-faktor alami adalah turut menjadi perhitungan," jelas baginda lagi.

 

Kebawah DYMM juga bertitah berharap agar para jemaah haji Negara Brunei Darussalam di Tanah Suci akan sama-sama mengambil ingatan bagi melindungi diri masing-masing daripada kesan pemanasan melampau yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan.

 

Baginda berdoa agar mereka akan sentiasa mendapat perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala di sepanjang kerja-kerja haji serta juga akan beroleh haji yang mabrur.​

 

“Untuk akhirnya, beta dan keluarga beta sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha al-Mubarak kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam di mana sahaja mereka berada," titah baginda mengakhiri perutusan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47