FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memastikan Pengurusan Ibadah Korban Berjalan Lancar


 


 June 30th, 2023  |  08:55 AM  |   177 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerja-kerja proses penyembelihan dan melapah serta pembungkusan bagi binatang Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta Kerabat Baginda sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi telah dilaksanakan di Syarikat Mohammed Norfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-Anak di Lot G, Projek Ladang Ternakan Lampaki, Jalan Mulaut Lampaki, Kampung Mulaut; juga Syarikat PDS Abattoir Sendirian Berhad, Tapak Perusahaan Rumah Penyembelihan, di Kawasan Pertanian Kampung Batang Mitus, Mukim Kiudang, Tutong.

 

Bagi melancarkan kerja-kerja proses penyembelihan dan melapah serta pembungkusan khusus bagi Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat baginda pada tahun ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah melantik dua syarikat iaitu Syarikat Mohammed Nurfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak; dan PDS Abattoir Sendirian Berhad sebagai pembekal binatang korban.

 

Sebanyak 198 ekor binatang korban yang melibatkan 184 ekor sapi dan 14 ekor kambing dikorbankan.

 

Sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 17,248 orang asnaf fakir dan miskin berserta tanggungan di seluruh negara.

 

Syarikat Mohammed Nurfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-anak, Kampung Lampaki, Mulaut; dan PDS Abattoir Sendirian Berhad, Kampung Batang Mitus, Daerah Tutong dipilih untuk membekalkan binatang-binatang yang berkualiti yang kebanyakannya didatangkan dari wilayah Utara Australia.

 

Syarikat-syarikat tersebut turut menyediakan perkhidmatan penyembelihan semasa korban mengikut kehendak undang-undang syariat Islam yang ketat serta kebersihan dan kualiti yang terjamin.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06