FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


CTF : Pupuk Persaingan Sihat Pelajar Dalam Keselamatan Siber


 


 July 1st, 2023  |  09:12 AM  |   51 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dan firma keselamatan IT tempatan ITPSS Sdn. Bhd. baru-baru ini menganjurkan pertandingan keselamatan siber untuk para pelajar iaitu Capture The Flag (CTF) yang menyaksikan penyertaan empat buah sekolah, iaitu ISB; Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB);  Sekolah Saint John; dan Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait.

 

Pertandingan dibukakan untuk para pelajar  berumur antara 14 hingga 17 tahun dan kini berada di Tahun 9 hingga Tahun 12.

 

Pertandingan yang diadakan di ISB berkenaan menyaksikan seramai 28 peserta dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada dua hingga tiga ahli setiap satu dalam acara yang dijalankan setengah hari itu.

 

Pertandingan berkenaan menguji keupayaan pelajar untuk menyelesaikan cabaran gaya Jeopardy dalam bidang seperti pengaturcaraan, forensik digital, kecerdasan sumber terbuka dan kriptografi.

 

Pertandingan CTF  berkenaan melibatkan menyembunyikan 'bendera' dalam program atau tapak laman sesawang yang sengaja terdedah. Kumpulan yang berjaya menemui bendera tersembunyi berkenaan akan membolehkan pasukan diberikan markah dan mengumpul mata.

 

Your Local Quacks, kumpulan yang mewakili SM YSHHB, muncul sebagai johan dengan kutipan markah sebanyak 1,375 mata. Naib johan dimenangi oleh French Revolution dari ISB dengan kutipan sebanyak 1,275 mata manakala di tempat ketiga ialah Y11 CHMS dari Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait, dengan kutipan sebanyak 1,025 mata.

 

Ini merupakan CTF kedua dianjurkan oleh ISB dan ITPSS untuk pelajar.

 

Kerjasama berkenaan bertujuan untuk memupuk persaingan sihat dalam kalangan pelajar dan memberi mereka pengalaman keselamatan siber yang realistik dan mencabar.

 

Dengan mengambil bahagian pada acara berkenaan, para pelajar dapat mengembangkan dan memperhalusi kemahiran mereka, menetapkan haluan untuk kejayaan masa depan mereka dalam bidang keselamatan siber yang berkembang pesat.

 

ITPSS akan mengadakan pertandingan Cyber Battle CTF tahunannya yang kelapan pada September 2023, dengan penyertaan terbuka kepada orang ramai.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07