FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Khatam Al-Quran BASMIDA Semarakkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2023


 


 July 1st, 2023  |  09:14 AM  |   100 views

JERUDONG

 

Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2023 diharap akan menjadi wadah dalam menggalakkan masyarakat membina keluarga bahagia, ikatan kasih sayang yang mesra dan harmoni berlandaskan agama Islam sesuai dengan falsafah negara iaitu Melayu Islam Beraja.

 

Selain bersukut baik dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha, Persatuan BASMIDA pagi tadi menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di rumah kediaman Yang Dipertua BASMIDA, Datin Hajah Dayang Masni binti Haji Mohd Ali di Kampung Jerudong.

 

Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah oleh Kumpulan Tausyeh dan Dikir BASMIDA Wanita, yang kemudian diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Dayang Hajah Norsinah binti Haji Hidup.

 

Sejurus itu bacaan khatam bermula dari Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Nas, diikuti dengan bacaan Takhtim oleh para peserta khatam Al-Quran, dan Dikir Marhaban beramai-ramai.

 

Sementara Doa Khatam pula dibacakan oleh Dayang Azniseryanie binti Haji Isa, serta Doa Selamat dipimpin oleh Dayang Hajah Saadiah binti Haji Ibrahim, dan Doa Peliharakan Sultan dan NBD yang dibacakan oleh Dayang Hajah Fatimah binti Ghani.

 

Majlis juga turut diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Keluargaku Harapanku' yang disampaikan oleh Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Dayang Hajah Norhayati binti Haji Abd Rahman yang antara lain memfokuskan pada menanai nilai-nilai teras kekeluargaan Brunei dari setiap lapisan masyarakat dengan saling menyayangi, memeduli, menghormati, dan bertanggungjawab yang menjamin kekuatan institusi kekeluargaan.

 

Dari tazkirah tersebut, Persatuan BASMIDA berharap agar Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan warganya tidak jemu-jemu menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran ibu bapa (parenting skills) kerana manfaat ilmu dapat menepati sasaran kegiatan anti-dadah terutama dalam golongan belia, beliawanis, remaja mahupun kanak-kanak.

 

Persatuan BASMIDA selaku NGO yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang menjalankan Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (PDE) melalui institusi keluarga dan pendidikan awal, turut bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai satu rakan strategik dalam sama-sama berganding bahu mengendalikan pengukuhan dan perlindungan institusi keluarga dalam pembangunan masyarakat melalui pendekatan Whole of Nation.

 

Yang Dipertua BASMIDA juga menyeru kepada para ahli, ibu-ibu tunggal, ibu bapa, penjaga dan kalangan saudara mara supaya dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, mengambil peduli sebarang masalah dan mencari jalan penyelesaian dengan baik melalui perbincangan, kaunseling mahupun komunikasi yang berkesan.

 

“Penerapan nilai-nilai akhlak murni dan mulia bermula dari diri sendiri yang boleh menjadi ikutan kanak-kanak, cucu-cucu yang tinggal sebumbung yang sentiasa melihat, mengikuti dan malah mencontohi kelakuan, percakapan, sikap ibu bapa, datuk nenek dan orang-orang dewasa di sekeliling mereka," ujarnya.

 

Justeru dengan menggalakkan penglibatan anak-anak muda dalam aktiviti kerohanian seperti membaca Al-Quran dapat membimbing, melapangkan masa serta dapat mempraktikkan ajaran dan panduan hidup dari Al-Quran yang boleh mencegah dan mengawal mereka daripada terjebak dan terjerumus dengan gejala penyalahgunaan dadah.

 

Majlis juga antara lain bertujuan untuk membudayakan pembacaan Al-Quran setiap hari dalam kalangan Ahli-ahli BASMIDA, Rakan BASMIDA, BASMIDA Youth dan Ibu Tunggal dengan hasrat dapat melahirkan ramai generasi celik Al-Quran dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir dan yang aman makmur.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07