FacebookInstagramTwitterContact

 

Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Indeks Utama BSI Bagi Mei 2023 Meningkat


 


 July 1st, 2023  |  09:28 AM  |   103 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) pada hari ini menerbitkan Indeks Sentimen Perniagaan atau Business Sentiment Index (BSI) Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi bulan Mei 2023.

 

Indeks berkenaan adalah berdasarkan kepada kaji selidik ke atas kira-kira 500 perniagaan bersaiz mikro, kecil, sederhana dan besar daripada 11 sektor ekonomi, daripada semua daerah di NBD.

 

BSI bertujuan untuk mengukur tahap sentimen atau keyakinan perniagaan di NBD dalam pelbagai aspek termasuk keadaan semasa dan jangkaan bagi iklim perniagaan, pelaburan, pengambilan pekerja dan kos menjalankan perniagaan.

 

Memandangkan BSl menggunakan pendekatan berpandangan ke hadapan, ia boleh digunakan sebagai salah satu petunjuk awal keadaan makroekonomi di dalam negara.

 

Terdapat sembilan sub-indeks di dalam BSI dan Sub-Indeks Keadaan Perniagaan, iaitu indeks utama BSI adalah 50.0 bagi Mei 2023, berbanding dengan 49.8 pada April 2023.

 

Meskipun sektor-sektor perniagaan mempunyai pendapat yang berlainan terhadap prestasi perniagaan pada Mei, sentimen secara keseluruhannya adalah tidak berbeza dengan bulan sebelumnya.

 

Kebanyakan perniagaan menjangka aktiviti perniagaan akan meningkat dengan pengembalian semula waktu bekerja seperti biasa pada Mei 2023.

 

Sentimen optimistik juga disokong oleh pelbagai projek yang masih berjalan dan kenaikan tahap permintaan bagi pelbagai produk dan perkhidmatan, terutamanya di dalam sektor hotel dan restoran.

 

Walau bagaimanapun, beberapa perniagaan menjangka keadaan yang lebih perlahan yang lazimnya berlaku selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Memandang ke hadapan, sentimen bagi Jun 2023 adalah 49.8, menunjukkan bahawa perniagaan secara amnya menjangka keadaan yang kurang optimistik pada Jun 2023 berbanding dengan Mei 2023.

 

Ini didorong oleh jangkaan aktiviti perniagaan dan permintaan yang secara bermusim akan menurun setelah sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Sub-Indeks Pelaburan adalah 50.l bagi Mei 2023, 49.9 untuk satu bulan ke hadapan, dan 50.0 bagi tiga bulan ke hadapan.

 

Ini menunjukkan bahawa secara amnya, para peniaga menjangka akan meningkatkan tahap perbelanjaan pelaburan pada Mei 2023, antara lainnya bagi pembelian untuk meningkatkan inventori, pembelian mesin, peralatan dan kenderaan baharu, pengubahsuaian dan perkembangan perniagaan serta pembukaan cawangan baharu.

 

Memandang ke hadapan, perniagaan secara amnya menjangka akan mengurangkan tahap perbelanjaan pelaburan memandangkan kebanyakan pelaburan besar dibuat pada awal tahun ini.

 

Sub-Indeks Pengambilan Pekerja adalah 50.2 bagi Mei 2023 dan 50.3 bagi satu bulan ke hadapan.

 

Seperti trend dari bulan-bulan yang lepas, perniagaan menjangka akan meningkatkan jumlah pekerja pada Mei dan Jun 2023.

 

Kebanyakan perniagaan melaporkan bahawa pelbagai cabaran yang dihadapi termasuk proses pengambilan pekerja asing yang mengambil masa yang lama, kos pengambilan yang tinggi dan kesukaran dalam mencari pekerja tempatan yang mempunyai kemahiran yang bersesuaian.

 

Satu cabaran umum yang dikongsikan oleh perniagaan-perniagaan adalah kadar pusing ganti pekerja yang tinggi. Sebagai cara menangani masalah kekurangan tenaga kerja, beberapa perniagaan mengambil tenaga kerja sambilan serta memberikan penempatan kerja dan 'internship' bagi para pelajar kolej dan universiti dalam masa terdekat.

 

Sub-Indeks Kos Perniagaan adalah 50.2 bagi April 2023 dan 50.4 bagi satu bulan ke hadapan.

 

Secara amnya, kos menjalankan perniagaan pada Mei dan Jun 2023 adalah dijangka lebih tinggi daripada bulan sebelumnya. Dengan waktu bekerja seperti biasa, para peniaga menjangka kos operasi yang lebih tinggi dengan peningkatan kos-kos utiliti dan penyelenggaraan secara amnya.

 

Rata-rata perniagaan juga menjangka kenaikan harga barangan import dan kos pengangkutan, pembayaran gaji yang lebih tinggi dan perbelanjaan yang meningkat dengan penambahan tahap aktiviti perniagaan dan pembuatan bagi beberapa sektor ekonomi.

 

Dari segi sektor ekonomi, empat daripada 11 sektor mencatatkan sentimen optimistik bagi Mei 2023.

 

Sektor hotel dan restoran menunjukkan sentimen optimistik yang tertinggi pada tahap 50.6 disebabkan oleh keadaan yang lebih baik dengan perniagaan beroperasi seperti biasa selepas bulan Ramadan.

 

Indeks bagi sektor kesihatan dan pendidikan adalah pada tahap 50.2 bagi Mei 2023, menunjukkan bahawa secara amnya, perniagaan dalam sektor ini menjangka keadaan perniagaan yang lebih baik dengan penambahan tenaga kerja dan waktu bekerja seperti biasa.

 

Sektor-sektor lain yang menjangka keadaan perniagaan yang lebih optimistik adalah sektor pengangkutan dan komunikasi dan sektor perkhidmatan lain. Perniagaan dalam sektor-sektor ini menjangka prestasi perniagaan akan meningkat dengan peningkatan jualan, langganan dan projek pada Mei 2023.

 

Sebaliknya, dua daripada 11 sektor mencatatkan sentimen pesimistik. Sektor pembinaan serta perdagangan borong dan runcit masing-masing melaporkan jangkaan penurunan jumlah projek baharu dan trend jualan setelah musim Hari Raya Aidilfitri.

 

Manakala, sektor minyak dan gas dan yang berkaitan; sektor pembuatan; dan sektor pertanian, perhutanan, perikanan dan ternakan; sektor kewangan dan insurans; dan sektor harta tanah dan pemilikan kediaman pula menjangka keadaan perniagaan yang lebih kurang sama pada Mei 2023 berbanding dengan April 2023.

 

Dari segi indeks mengikut saiz perniagaan, perniagaan bersaiz kecil dan sederhana berpandangan optimistik bagi Mei 2023 berbanding dengan bulan sebelumnya. Kebanyakan perniagaan menjangka peningkatan jualan sempena musim perayaan.

 

Sebaliknya, prestasi perniagaan bersaiz mikro menurun sedikit berbanding dengan April 2023 disebabkan oleh beberapa isu seperti isu perlesenan dan tenaga kerja.

 

Di samping itu, perniagaan bersaiz besar melaporkan keadaan perniagaan yang lebih kurang sama dengan April 2023. Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai BSI, orang ramai boleh merujuk pada nota teknikal mengenai metodologi dan statistik dalam laman sesawang BDCB, di 'www.bdcb.gov.bn'.

 

Orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan BSI melalui siaran akhbar akan datang dan akaun Instagram BDCB, '@centralbank.brunei'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07