Home > Bahasa Melayu
Ibadah Korban Dekatkan Diri Kepada Allah
July 1st, 2023 | 09:43 AM | 113 views
WASAN
Ibadah korban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang juga dikenali sebagai Sunat Muakkad.
Dari segi istilah korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada setiap 10 Zulhijah dan Hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah dengan tujuan untuk beribadah atau mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Sehubungan itu, para penduduk Kampung Panchur Murai tidak ketinggalan untuk sama-sama mengadakan ibadah korban yang berlangsung di rumah kediaman Pemangku Ketua Kampung Wasan dan Pemangku Ketua Kampung Panchur Murai, Haji Md. Zin bin Abd. Ghani.
Seekor kerbau dikorbankan pada hari berkenaan dan daging-daging korban diserahkan kepada para penduduk kampung yang terpilih dalam kalangan asnaf zakat dan anak-anak buah kampung.
Sebelum pengagihan daging korban dilaksanakan, bacaan Tahlil dan Doa Arwah dibacakan oleh Mantan Imam, Haji Jabar bin Haji Majid.
Pengagihan daging korban disampaikan oleh anak kepada Ketua kampung.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]