FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Ibadah Korban Anjuran Kementerian Pertahanan


 


 July 1st, 2023  |  09:49 AM  |   103 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Pertahanan pagi tadi mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1444 Hijrah bertempat di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison, di sini.

 

Hadir bagi menyempurnakan pengagihan daging-daging korban ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah Angkatan Bersama ABDB; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

Turut diundang selaku tetamu jemputan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh; ketua-ketua kampung dan imam-imam dari sekitar kawasan berhampiran.

 

Acara Majlis Ibadah Korban dimulakan dengan Sayyidul Istigfar, diikuti dengan laungan Asmaul Husna dan Takbir Hari Raya yang diketuai oleh pegawai-pegawai agama dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).

 

Sejurus itu, acara diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban, yang diiringi dengan Selawat Tafrijyyah, kepada seramai 100 penerima yang terdiri daripada asnaf dan penduduk berhampiran di Mukim Berakas 'A'.

 

Sebanyak tujuh ekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini.

 

Dalam Surah At-Tawba (9:60), Asnaf dikenal pasti sebagai lapan golongan masyarakat yang sepatutnya diagihkan zakat iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, fisabilillah, gharim, ibnu sabil dan riqab.

 

Majlis pada tahun ini menyasarkan agihan daging korban kepada seramai mungkin asnaf-asnaf yang menetap di kawasan berhampiran demi meraih keberkatan dan berkongsi kesyukuran dengan mereka yang memerlukan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07