FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


42 Pelajar ISB Diraikan Pada Majlis Khatam Al-Quran


 


 July 1st, 2023  |  09:52 AM  |   270 views

GADONG

 

Dalam menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai satu kebiasaan dan amalan hidup, seramai 42 murid Darjah VI Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei (ISB), Kawasan Brunei IIA terdiri daripada 18 lelaki dan 24 perempuan petang tadi diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran setelah berjaya menamatkan pembacaan 30 juz Al-Quran.

 

Berangkat menghadiri Majlis Khatam yang berlangsung di The Songket Ballroom, Rizqun International Hotel, Gadong, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berserta ahli kerabat diraja yang lain.

 

Antara peserta khatam yang diraikan pada majlis berkenaan ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

 

Majlis antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran dengan Tartil (betul dan lancar) sehingga mereka dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum menamatkan Darjah VI persekolahan ugama.

 

Selain itu, untuk menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan kehidupan seharian mereka di samping mengeratkan kerjasama dan perpaduan antara ibu bapa atau penjaga, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan sebarang majlis atau aktiviti tahunan sekolah.

 

Ia juga diadakan sebagai menyahut dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran.

 

Terdahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Awang Muhammad Nuzul Haqimie bin Junaidi, diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh para peserta khatam.

 

Setelah itu, majlis diserikan lagi dengan bacaan Takhtim daripada murid-murid Darjah IV dan V.

 

Sementara itu, bacaan Doa Khatam dibacakan oleh Awang Muhammad Iqbaluddin bin Muhammad Sihamuddin.

 

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah juga berkenan mengurniakan sijil-sijil kepada peserta khatam, diikuti oleh jemputan-jemputan khas dan ibu bapa / penjaga dan seterusnya merenjis minyak wangi kepada peserta khatam.

 

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Guru Besar Sekolah Ugama ISB.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Muhammad Nuzul Haqimie.

 

Majlis juga turut dihadiri oleh Pengarah Pengajian Islam, Penolong-penolong Pengarah dan para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, serta para ibu bapa dan penjaga peserta khatam yang diraikan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07