Home > Bahasa Melayu
Masjid Kampung Kapok Turut Imarahkan Aidiladha
July 2nd, 2023 | 11:13 AM | 26 views
KAPOK
Tulang-tulang daging korban seharusnya hendaklah ditanam (dikuburkan) bukannya dibuang begitu sahaja seperti tulang daging biasa (bukan ibadah korban).
Imam Masjid Kampung Kapok, Awang Haji Shahbirin bin Haji Mohd. Noor dalam tazkirah juga menerangkan mengenai perihal adab-adab ibadah korban serta kefahamannya.
Pada Majlis Ibadah Korban petang tadi, beliau juga menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail Alaihissalam dan kisah Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim demi melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala.
Majlis anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid itu menyaksikan sebanyak lima kerbau dijadikan binatang ibadah korban pada tahun ini.
Penyerahan daging-daging korban disempurnakan oleh Ketua Kampung Kapok, Awang Shahminan bin Haji Abd. Rahman kepada seramai 21 orang golongan asnaf fakir atau miskin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]