FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan : 4 - 6 Julai


 


 July 2nd, 2023  |  11:16 AM  |   68 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi akan diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada Selasa malam Rabu, Rabu malam Khamis dan Khamis malam Jumaat, 16, 17 dan 18 Zulhijah 1444H bersamaan dengan 4, 5 dan 6 Julai 2023 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula jam 7.30 malam.

 

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M pada tahun ini membawakan tema 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian Dengan Petunjuk Al-Quran'.

 

Peserta-peserta qari yang akan bertanding pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan ialah Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya; Awang Ahmad Zulwaqar bin Suhaili; Pengiran Haji Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki; Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri; Awang Ahmad Syuja'ie bin Begawan Mudim Haji Matassim dan Awang Ashizal bin Zainal Abidin.

 

Manakala bagi peserta-peserta qariah yang akan bertanding pada musabaqah tersebut ialah Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri; Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran; Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki; Dayangku Nurul Sakinah Adawiyah binti Pengiran Ainolazahar; Dr. Hajah Siti Wardah binti Mejar (B) Haji Abd. Rahman dan Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat.

 

Para jemputan, ahli-ahli jawatankuasa, para peserta persembahan dan individu adalah dinasihatkan untuk melakukan Ujian Pantas Antigen (ART) di rumah masing-masing dan memuat naik (upload) keputusan ART ke aplikasi BruHealth pada hari menghadiri majlis tersebut.

 

Untuk makluman bersama, tempat sembahyang juga disediakan iaitu bagi lelaki di ruang legar di Tingkat 1 (atas Dewan Muzakarah), Pusat Persidangan Antarabangsa. Manakala bagi perempuan di Surau Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir pada Musabaqah tersebut, bersama-samalah kita mendapatkan syafaat Al-Quran dan pengajarannya. Semoga kita dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07