FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Notis Amaran Dikeluarkan Ke Atas Sebuah Premis Perniagaan


 


 July 2nd, 2023  |  11:19 AM  |   72 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) dan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna (JHEP) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengadakan operasi bersepadu secara bulanan ke atas beberapa buah premis perniagaan di Daerah Temburong pada Selasa, 20 Jun 2023.

 

Hasil daripada operasi berkenaan didapati sebanyak lima unit alat sukat dan timbang digunakan bagi tujuan perdagangan.

 

Kesemua alat berkenaan adalah sah, tepat dan berdaftar dengan Unit SDT selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983, Penggal 151 dan Peraturan-peraturan (Penelitian) Alat-alat Sukatan dan Timbangan 1994 Ceraian 3 (1) dan (2).

 

Manakala, satu Notis Amaran dikeluarkan ke atas sebuah premis perniagaan, iaitu Syarikat Seri Jasa atas kesalahan menjual minyak masak melebihi harga maksimum yang ditetapkan, dan ia adalah salah satu senarai barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142.

 

Premis perniagaan yang dibuat pemeriksaan mengejut adalah Syarikat Ampuan Mohd Yoslan bin Ampuan Haji Akop dan Anak-Anak; Syarikat Lakujaya Minimart; Syarikat Associated Agencies (B) Company dan Syarikat Seri Jasa.

 

Para pengguna alat sukat dan timbang  dinasihatkan untuk memastikan alat-alat sukatan dan timbangan yang digunakan semasa aktiviti jual beli yang melibatkan bacaan tanda berat, isi padu, ukur panjang dan lebar, alat-alat berkenaan mempunyai pelekat pendaftaran yang mengandungi tempoh penggunaan yang sah yang dikeluarkan oleh Unit SDT.

 

Di samping itu, para peniaga juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mengemas kini harga maksimum bagi barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga dengan antara lainnya menyemak harga terkini di dalam aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak' dan sentiasa mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual di premis perniagaan.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi agensi-agensi berkenaan, iaitu Unit Sukatan dan Timbangan melalui e-mel  '[email protected]' atau talian +673 2334092; dan Jabatan Hal Ehwal Pengguna melalui Talian Darussalam 123 dan aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak' atau e-mel kepada '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07